hihihhi tenggelam timbul aku.. kejap update.. kejap tak update...
errmmm....Jgn korang tak tahu..lately ni perangai buruk aku yg panas baran menjadi2.. Yelah..kan tahun 2012 ni tahun naga.. Naga pun dah keluar dah.. tu yg tetiba je hormon aku bertukar... memang aku seorang yg panas baran.. tapi tidaklah keterlaluan sgt... tapi sejak dua menjak ni.. tahap kemarahan aku agak tinggi...
mungkin bagi kawan2 aku di opis tidak nampak sgt tahap kemarahan aku... tapi bagi suamiku en hubby adalah org yg paling dekat ngan aku.. dan yg paling selalu menjadi sasaran...pendek kata semua tak kena... panas takleh.. sejuk takleh... tukar siaran tv takleh.. lambat makan takleh.. cepat makan pun takleh... ada je nak marah... kesian kan dia.. dia tak bersalah pun dalam hal ni... hihihi....

memanglah... buruk perangai ghupe itu ... tapi....tapi..tapi dgr sini....
bila aku melepaskan kemarahan tu aku rasa puas..puas yg amat....mcm bebanan yg aku pikul 100kg tu dah terlepas... aaa gitu..... aku dapat rasakan ada sesuatu yg aku pendam yg tak terluah... sebab tu aku rasa mcm memberontak sgt.... adakah ianya disebabkan peralihan hormon?????? maybe...

tahu tak... hari tu aku balik kerja aku melalui satu selekoh sempit di area kajang... biasalah naik Kancil... sure terhegeh2 kan... kancil plak 660 cc... pastu .. ada plak si pemandu kter yg berlagak...maklumlah keter yg berkuasa tinggi... dia follow keter aku dekat2 mcm nak langgar buntut keter... memula aku ok lagi... walaupun dalam hati berkata2 apahal lah keter belakang aku ni... mcm dia je ada keter besar... aku pun ada tau....

tapi aku perhatikan dia asyik follow dekat2 keter aku... pastu yg buat aku hilang sabar bila dia hon2 keter aku... tetiba aku naik antu... naga aku keluar dah... aku tiba-tiba leh tekan brek keter sambil buka pintu dan keluar dari keter... terus jem jln area tu disebabkan aku berhenti... yelah kan.. jln sempit dan berlubang2.. memang takleh memotong bila memandu...

aku pegi ditepi tingkap keter yg follow dekat2 dan hon aku.. aku ketuk cermin... sambil berkerut2 muka...

aku pun berkata .. awak nampak tak saya bawa keter apa?? berapa cc?? dan keadaan jalan raya mcmana???? tahulah keter awk besar, exober power, langgar lobang pun tak rasa... cc kelajuan tinggi... tapi jgn nak samakan keter awk ngan keter saya... ada otak fikirlah... jgn letak kat bontot...

pastu tu terus blahhh... buka pintu keter, masuk keter dan teruskan perjalanan....lepas je aku keter aku bergerak.. keter lain pun turut serta dan jln tidak jem lagi...

ghitulah citer aku.. betapa tahap kemarahan aku tinggi sampaikan aku berani marah sesiapa saja... tapi benda yg logiklah... takdelah benda yg tak memasal plak..

Moral of the story... jgn buat aku marah!!!!!!

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Monday, January 30, 2012
4 comments
categories: |

In Vitro Fertilisation (IVF)

IVF juga dikenali sebagai 'bayi tabung uji', ini kerana, persenyawaan berlaku diluar badan (di dalam tabung uji). Indikasi bagi IVF termasuk:

1. faktor tiub (tiub tersumbat atau tidak berfungsi)
2. endometriosis
3. masalah sperma
4. faktor immunologi (antisperm antibodies)
5. rawatan IUI yang gagal
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. pendermaan sperma/ ovum/ embrio
8. ibu tumpang

Wanita akan menjalani controlled ovarian hyperstimulation (COH), sama ada protokol panjang, protokol pendek atau protokol antagonis, mengikut kesesuaian. Suntikan hCG akan diberi apabila folikel telah mencecah 18mm untuk mematangkan ovum. 34 jam berikutnya, pengumpulan telur (oocyte pick up (OPU)) akan dijalankan.

OPU adalah proses mengumpulkan telur. Telur akan disedut melalui vagina menggunakan peralatan khas. Prosedur ini memerlukan bius keseluruhan. Sebelum menjalani OPU perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • jangan makan atau minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menjalani OPU
  • jangan memakai kanta lekap, gigi palsu, alat solek, pewangi dan pengilat kuku semasa prosedur.
  • jangan membawa barang-barang berharga
  • pastikan anda telah menguruskan pengangkutan balik kerana anda dinasihatkan tidak memandu 24 jam selepas prosedur.

Semasa OPU, cecair folikular akan disedut menggunakan pam penyedut dan dikumpulkan di dalam tabung uji. Cecair yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada embriologist yang berada di dalam makmal bersebelahan dengan bilik pembedahan. Embriologist akan mengenalpasti telur menggunakan mikroskop. Prosedur ini mengambil masa 15 hingga 60 minit untuk selesai bergantung kepada bilangan folikel yang disedut. Setelah semua telur disedut, telur-telur ini akan dieramkan di dalam inkubator yang mana suhunya adalah 37ÂșC dan kepekatan karbon dioksida adalah 5%. Ini bertujuan untuk memberi ruang bagi telur melengkapkan fasa Meiosis II sebelum ia disenyawakan.

Pada hari yang sama, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum sampel dikeluarkan
  • memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
  • digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
  • mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
  • elakkan menggunakan pelincir atau sabun
  • elakkan semen dari tertumpah


Embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. Proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. Larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma motile yang tinggi akan diinseminasi ke dalam media pengkulturan yang mengandungi ovum seterusnya disimpan di dalam inkubator supaya persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Prosedur pemindahan embrio tidak memerlukan bius dan hampir serupa dengan IUI. Perbezaan antara keduanya adalah pemindahan embrio memerlukan bantuan imbasan ultrabunyi manakalaIUI tidak. Imbasan ultrabunyi membantu doktor untuk menempatkan kateter berhampiran dengan fundus dan mengurangkan trauma terhadap endometrium. Keseluruhan prosedur mengambil masa 5 minit sahaja (lihat video).

Selepas menjalani pemindahan embrio, wanita tersebut perlu mengambil sokongan peleutenan sama ada dalam bentuk tablet vagina atau suntikan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan.
  • pastikan anda menggunakan ubat progesteron yang dibekalkan setiap hari.
  • minum air secukupnya.
  • elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
  • elakkan hubungan kelamin sekurang-kurangnya 3 bulan selepas menjalani rawatan

Ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan.


*** sumber adalah metro IVF Malaysia..


Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, January 25, 2012
27 comments
categories: |



Dgr berita dan baca paper ada kisah Abby Abadi kena buatan orang.. habis gatal2 seluruh badan dia... pastu kisah awie plak muntah bulu... adohai..... org melayu je ke yg kena.... agak2 orang cina, india, omputih ada pernah kena gak cenggini???

jgnlah gini wehhh.... ingat2lah dosa...

kalo geram sekali pun jgnlah buat sampai tu sekali... kesian tau... nak buat jahat memang terlorong je.. tapi nak buat baik susah woo... puas berubat... susah nak baik wooo....

tapikan... aku pernah terbaca satu artikel... kalo kita sentiasa didedahkan dengan citer2 mcm ni.. ataupun selalu tgk benda ni berulang2.. ianya akan automatik diset di minda kita...

contohnya di TV.. byk citer2 karut marut.. citer2 seram.. so benda tu tak baik utk pemikiran minda kita... rasanya Tun Dr M pun ada pernah komen di akhbar kan...





so... nasihat aku.. korang yang terbaca N3 ni jgnlah terdetik sebesar zahrah pun utk melakukan sebegini rupa... doakanlah org yg berbuat jahat pada kita tu agar berbuat baik dan terbuka hatinya untuk melakukan kebaikkan.... amin.....

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Thursday, January 19, 2012
3 comments
categories: |

Hihii... tak pernah join contes ke apa ker... tetiba jejari ku yang mulus dan domok ini nak plak berkongsi citer....

Kalo rasa2 nak promosi blog korang meh join Segmen BEN ASHAARI sambil tu leh menjana pendapatan...

Ok.. agak2 apa kaitan $$$$$$$$$ dengan blog aku???? ceh... berdebar siot nak citer... maklumlah 1st time masuk kontes...hihihi...

gini citernya... aku memula menceburkan diri dalam dunia blog ni pada tahun 2007.. masa tu baru pindah kejer dari Kementerian Pelancongan ke Kemeneterian Penerangan... biasalah.. masa tu saya budak baru.. so keje pun takdelah sgt... aku mana boleh takde kejer.. memang tahap gaban dan boring aku time tu... seniour2 plak haram nak ajar/ajak aku buat kejer... mcm melukut ditepi gantang aku time tu...

so... masa aku dihabiskan dengan mengadap komputer.. itu jer... dalam godek2 komputer tu tetiba aku terjumpa dengan satu blog dari Viruspadu... follow punya follow mcm best jer... tapi masa tu mcm tak caya gak.. betul ker hanya berblog boleh mendapat habuan yg lumayan???? pastu kebetulan kawan opis aku plak si mama Aqilah dah lama berblog dan dah menerima gak habuannya.. ... so itu membuatkan aku bertambah2 kuat untuk meaktifkan diri dalam dunia blog... pastu bila aku mula follow bloger2 lain tetiba aku rasa mcm satu sunami telah melanda dunia blog... sana sini org citer pasal BEN ASHAARI..they all kata si BEN ni dah mendapat beriban2 hanya dengan berblog sahaja... .aku pun trylah buka... nak tahu gak sapalah si BEN ni... sekali buka.. tgk muka mcm kenal... takleh jadi ni.. nak confirmkan gak... aku siap call Kementerian lama aku nak sahkan adakah betul si BEN ni blogger yg dimaksudkan.... rupa2nya... confirmmmmmm ko... memang sah dia...diam tak diam... dah fofular dah dia....

tapi yang best kan aku mcm heran gak camner dengan berblog jer leh dapat duit...oooo rupanya dengan cara letakkkan iklan dari nuffnang ker..dari adverlets ker..atau dari mana2 sumber yang boleh menjana duit... ooo baru aku tahuuuuuu....

so bermula itulah aku aktifkan diri... dan hasilnya aku telah menerima cek dari cik nuffnang yg pertama bernilai RM 267.00... see senang kan.....

tapi yg paling $$$$ pada aku adalah... nilai kenangan dan momen2 indah dalam blog aku ni... bila aku dah tiada lagi.. hanya inilah coretan2 manja aku tinggalkan untuk tatapan mereka2 yang mengenali aku .....

So itulah kaitan tanda $$$$ dengan blog aku......


Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
2 comments
categories: |


Ok .. meh aku syer ..

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

  • 16 Februari 1904 - 3 Februari 1905: Naga Kayu
  • 3 Februari 1916 - 22 Januari 1917: Naga Api
  • 23 Januari 1928 - 9 Februari 1929: Naga Tanah
  • 8 Februari 1940 - 26 Januari 1941: Naga Logam
  • 27 Januari 1952 - 13 Februari 1953: Naga Air
  • 13 Februari 1964 - 1 Februari 1965: Naga Kayu
  • 31 Januari 1976 - 17 Februari 1977: Naga Api
  • 17 Februari 1988 - 5 Februari 1989: Naga Tanah
  • 5 Februari 2000 - 23 Januari 2001: Naga Logam
  • 22 Januari 2012 - 10 Februari 2013: Naga Air
  • 2024 - 2025: Naga Kayu
  • 2036 - 2037: Naga Api
Dari sudut pandangan Feng Shui, tahun 2012 yang merupakan tahun Naga Air membawa banyak kebaikan dan rezeki kepada manusia. Seperti yang diketahui ramai, air merupakan sumber paling penting buat manusia, malah dua pertiga isi kandungan bumi juga merupakan air, manakala 95 peratus kandungan badan manusia terdiri daripada air.

Dalam teori unsur Cina, air menghasilkan kayu, yang menandakan pertumbuhan dan naga mewakili elemen semula jadi. Tahun Naga dianggap sebagai tahun paling bertuah dan ia dianggap makhluk mistik berbanding haiwan lain dalam kalendar Cina.

Golongan yang mempercayai kepercayaan karut menyatakan bayi yang dilahirkan pada Tahun Naga akan memiliki keberanian dan kebijaksanaan selain membawa tuah kepada keluarga. Untuk makluman semua Tahun Naga akan berakhir pada 9 Februari 2013.

Antara sifat positif bagi Tahun Naga ialah Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, good-hearted, forgivig, active, nice, fun, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan.

Sifat Negatif pula ialah Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka.

Harimau - berani, emosional, tidak terduga
Kerbau - kukuh, tenang, dipercayai
Tikus - cerdas, menarik, terus-terang
Babi - tulus, sabar, jujur
Anjing - setia, jujur, cerdas
Ayam jantan - akal, terancang, tegas
Monyet - aktif, suka bersenang-senang, ingin tahu
Kambing - kreatif, lembut, penyayang
Kuda - energik, berdikari, pekerja keras
Ular - menggoda, pintar, bijaksana
Naga - mulia, energik, ghairah

Arnab - penyayang, tulus, peka

p/s : harap2 pada tahun ni aku dikurniakan anak naga.. eh..ehh.. bukan..bukan.. zuriat....hihihih...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
0 comments
categories: |



Grrrrrrr..... Wow!!! patut garang semacam jer...rupanya aku dilahirkan pada tahun Naga... wekekekek....

nak tahu apa istimewanya Tahun Naga???

Nanti aku kongsi-kongsikan yekk...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
3 comments
categories: |


Aku copy dari FB Dr Hamid Arshad
"Keledek atau sweet potato sejenis makanan asli semakin kurang dimakan anak2 generasi muda sekarang. Dipercayai ia sumber hormon progesterone yang banyak gunanya pada wanita, jika dibuat sayur bersama daun turi atau cekor manis, ia bolih menambah susu ibu, meningkat kesuburan dan menjauhkan berbagai tumbuhan saperti fibroid, endometriosis"
So lepas ni confirm aku akan pastikan dalam seminggu 2 kali aku makan masakan yg berasaskan Ubi keledek... hihihii...

tapi takleh makan selalu sgt.. nanti angin byk dalam badan... payah gak kalo berangin jer ... wekekeekekek...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
2 comments
categories: |

Apa yg lega?? lega sbb jadual padat aku selama sebulan telah back to normal...
ayah mertua aku dah discharge khamis lepas... dia discharge pun sbb dia mintak ngan dr keluar.. tak larat duk hospital lelama... yelah orang tua kan... mana boleh benda tu semua... takpelah... badan dia rasa ok agaknya.. sbb tu dia sanggup tanggung risiko... masa tu ckp apa pun taknak... dia TETAP nak discharge gak...

dan akhirnya dr benarkan... ubat plak jgn citer lah... 18 jenis ok... dah mcm makan kacang dah... pastu pengalaman baru yg ditempuhi adalah inject insulin... sehari 4 kali inject... sebelum balik terengganu jumaat lepas en hubby siap bekalkan jarum sekotak 100 pcs untuk kegunaan ayah dia.. mahal gak jarum tu.. sebatang rm 0.50.. bayangkan kalo sehari 4 kali??? pastu nak inject nya bertahun2 kan... kesian .... takpelah.. harap..harap semua nya ok...

Dan aku gak berharap permohonan kami utk pembelian bateri yg menelan perbelanjaan yg begitu tinggi tu dapat diluluskan dengan kadar segera... amin...

so.. sepanjang Sabtu dan Ahad yang lepas.. rutin ku kembali normal... masa yg ada aku gunakan untuk mengemas rumah, mengemop, menyapu, mengelap, deko-deko.. siyess aku ckp.. sebelum ni aku takde masa nak buat benda tu semua... pagi celik je mata buat sarapan FIL.. kalo dia nak makan yg mengarut2 tu aku beli je... pastu tghari balik semula utk masak nasi makan tghari.. pastu petang sampai malam duk hospital temankan FIL... itu kalo hari-hari cuti... kalo waktu kejer plak dah lain rutinnya... pagi gi hantar sarapan.. pastu kejer... pastu tghari hantar makan tghari.. pastu kejer.. pastu petang habis keje gi borak2 ngan dia kat spital plak sampai lah malam kul 8.00....letih yg amat... itulah penangan anak/menantu sulung kan??? kata org selagi ada hayat dia ...kita sebagai anak ni kena berbakti kepada keluarga... ye tak???

alah.. tapi jgn tak tahu... minggu ni dan minggu depan je aku ada byk masa suami isteri... lepas ni en hubby dah menempuh ngan kelas hujung minggu dia.. pastu program-program bulanan dia yg dirancang ... kan nak pilihanraya dah ni... sure byk kejer...

so jawapan yg standard yg boelh dikongsi adalah ... REDHA jelah....



Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Tuesday, January 17, 2012
3 comments
categories: |

Masa tgh drive pagi tadi ada dgr berita pagi kat HOT FM...

“ Seorang pelajar berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.” .

Adoihaiiii .. awatlah sengal sgt....... Nak jadi jaguh yang tak bertempat langsung !!!!! agak-agaklah weh...

Awat hang ugut gitu sekali ?? Walaupun korang tulis kat wall korang , ianya tetap satu ugutan tau! Kat malaysia ni mmg ada pihak yang akan memantau 24-7 tau… dunia sekarang kan dah canggih... Maka berhati-hatilah yer .. Jangan ingat dunia maya kita ni bebas yer ..

renung-renungkanlahh....


Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Monday, January 16, 2012
2 comments
categories: |

Pagi ni sambil godek-godek blog dan sesambil baca blog mamat ni... terus terfikir gak aku benda yg sama ... yee... adakah rakyat Malaysia memang pemalas????

ye kot malas...

kalo tak takkan Malaysia dah kekurangan tempat pembuangan sampah...tahap obesiti yg tinggi.. peratusan penyakit jantung yg tinggi, dsbnya...

contohnya kat opis aku di PUTRAJAYA ni... mcm yang Ben ckp gak ..

Kalau boleh , diorang nak parking depan mata ..

Hello... kalau takde parking , lain laa.. Ni dlm bangunan tu ada berlambak parking ok....

apa yg susahnya.. pada aku lagi senang.. takyah berlari-lari anak kalo time hari hujan..

Nak kata bersenam ...tak gak aku rasa.. kalo parking bawah pun kira bersenam gak.. sebab jalan disekitar parking... ye dakkk...

ke ada sebab lain yg aku rasa tak tahu... ce..citer..ce.citer....

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
3 comments
categories: |




Minggu ni bz dengan SKT@LNPT@HRMIS...
line Hrmis plak mengong.. kejap lembab..kejap takleh masuk.. kejap ok... pening kepala... tapi dah wajib masuk Hrmis..ikut jelah...

Mcm biasa.. setiap tahun aku kena nilai dan beri markah kepada staff dibawah penyeliaan aku.. benda ni yg paling aku bohsan... siyes aku ckp.. bukan aku ikhlas pun nak beri .. sekadar buat benda yg wajib dan sepatutnya.. itu jer...

mcm aku gak... setiap tahun kena buat LNPT dan SKT untuk diri sendiri gak... kenapalah kerajaan wajibkan kakitangan buat benda ni semua kan??? pada aku benda ni semua dah tak relevan lagi dahhh... takkan kita sebagai manusia yg ada hati dan perasaan nak tumpahkan pasir dekat periuk nasi orang... itu rezeki org.. takkan dengan markah yg kita beri membuatkan dia diberhentikan....

Contoh mcm skim SBPA baru ni.. yg tak datang kejer bertahun2 pun kita masih nak cari dan hubungi dia suruh dia sign skim baru... nampak sangat dia masih diterima oleh majikan...sampai mcm tu sekali baiknya kerajaan.. bukan susah nak buang kejer tau... so apa gunakan markah penilaian tu kan...

Dan untuk tahun ni aku dah bincang dengan pihak atasan aku bahawa aku tetap akan fight untuk anugerahkan seorang staff aku ni untuk APC 2011... tahun lepas aku dah calonkan dia gak...tapi bos kata nanti dulu.. utamakan yg lebih lama.. ikut giliran katanya... see??? betul tak...cemerlang pun tetap kena ikut giliran kan... so camner??? aku ingat SBPA buat yg prestasi cemerlang markah tinggi dan kenaikkan gaji tu tinggi dapat kat semua orang.. rupanya tak..tidak sama sekali.. itu hanya pegawai atasan sahaja yekk.. gred2 JUSA.. gred SUSAH mcm aku ni no..no..noooo.. so kenalah ikut giliran gak yekkk....

bohsanlah... byk benda aku bohsan hari ni... semua buat tak kena.. stress mcm-mcm hal... tu yg merapu je ni... moody.... wekekekek.....





Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, January 11, 2012
1 comments
categories: |

Korang.....
Korang pernah rasa tak??

Rasa ape ekkkk??

Alahhhh.. rasa macam doa kita tidak diterima...

Ada tak???

petang-petang ni lepas zohor tadi tiba-tiba benda ni terlintas dalam fikiran aku...

jahat kan aku.... sampai mcm tu aku terfikir ko...padahal Allah itu Maha Berkuasa. Allah itu Maha Mendengar Doa Hamba-hambanya.

Bersangka baiklah dengan Allah kerana :-


Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...amin...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Thursday, January 5, 2012
2 comments
categories: |

Tajuk punyalah panjang... sepanjang perasaan celaru , keliru dan amarah aku.... nak tahu naper???

meh sini aku nak citer??? pastu korang tolonglah beri pandangan pada aku yg keliru ni ekkk...

gini....
tadi hubby aku call katanya mak aku, adik ipar aku semua-semua tu nak balik terengganu kejap.. tinggallah keseorangan ayah mertua aku yg dalam kesakitan itew... aku tak paham naper dia nak balik.. yg lebih aku tak paham ialah..mak mertua aku.. dia kan tak kejer.. laki dia sakit plak tu... adik ipar aku tu pun satu hal gak... habis SPM .. tolonglah jaga kejap... eeermm entahlah tak faham aku....

kalo akulah... laki aku sakit sure aku nak jaga... time kejer pun silap2 mikir camner nak duk dekat ngan laki... tapi sekaranglahhh.. tak tahu kot2 esok lusa hati aku berubah... tapi rasanya itulah perasaan aku...

korang plak camner????? kalo laki korang sakit duk terlantar kat spital ko nak tinggalkan ke atau nak jaga ??? meh habaq tolong beri pandangan sikit kat aku... manalah tahu kot2 aku yg emosi lebih.. padahal biar pilah dia nak balik terengganu ke tak...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, January 4, 2012
6 comments
categories: |


Korang tahukan yg facebook ada memperkenalkan Timeline.. pandangan peribadi aku ialah aku menolak sama sekali dengan timeline ni.. pada aku ianya serabut... buat sesak mata dan kepala je.... tak tahulah korang camner kan... ada yg suka rasanya... tak kisahlah... itu pandangan masing-masing kan... so kalo yg sama seperti aku yg tak berapa suka dengan Timeline ni boleh delete kalo nak... so aku kongsi ngan korang tutorial utk delete timeline ni... dan mengembalikan Facebook yang lama dengan anda semua.

Bagaimana Cara Delete Facebook Timeline?

Tutorial ini akan menjelaskan cara mendelete fungsi Timeline pada Facebook anda. Sila ikut langkah-langkah berikut dengan teliti. Terdapat juga gambar untuk membantu pemahaman anda.

Langkah 1: Tekan link Facebook Developers dan klik pada “Edit app”.


Langkah 2: Delete App tersebut adalah satu-satunya cara untuk menghapuskan timeline facebook anda. Cari dan klik pada “Delete App” pada bahagian kiri sidebar seperti dalam gambar.

Selepas klik pada “Confirm”, fungsi Timeline pada profile Facebook anda akan berjaya di delete. Selepas ini, anda boleh melihat profile Facebook anda kembali seperti keadaan asal seperti sebelum bertukar menjadi Timeline.

Peringatan di sini, tutorial dan cara mendelete facebook timeline ini hanya boleh dilakukan oleh pengguna Facebook yang bertukar kepada Timeline secara manual sebelum Facebook mengaplikasikannya kepada ramai orang. Profil akaun Facebook yang menerima Timeline secara automatik tidak boleh menukar timeline kembali kepada Facebook yang lama. Terima saja seadanya yek.....

So??? macamana???? boleh buat ke tak???? pepandailah kome menggodeknya ekkk????

p/s :- Sumber adalah dari blog ohalkisah.com

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
1 comments
categories: |


Sedap je tgk buah pisang ni ekk.... terliur beb...

Actually semalam aku gi hospital .. biasalah... kalo time makan tu menunya sure buah pisang dan betik... kebetulan plak ayah mertua aku susah nak eg..egkk... aku sedap je suruh dia makan pisang.. katanyakan pisang boleh melawaskan proses pembuangan air besar... berhari-hari ko makan pisang.. sesekali ada gak bedal buah prune ... tapi yg selalunya pisanglah...

last-last boleh semalam nurse nampak dia makan pisang.. nurse tegur..

"pakcik..jgn makan pisang lagi yekkk...

pakcik ada komplikasi buah pinggang..

so pakcik takleh mkn yg berasaskan warna kuning dan oren..." kata nurse..


lorrr.... baru aku tahu.... patutlah org kata warna -warni kehidupan...

rupanya warna ada kaitan dengan penyakit.. aura, imej, mood dsbnya...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Tuesday, January 3, 2012
1 comments
categories: |

Waaaaa... kejap je masa berlalu... dah Tahun 2012... 3 hari cuti rasa mcm tak cukup-cukup.... Musim bersenang-lenang dan bermalas-malasan di rumah sudah tamat nampaknya. huwarghhh...kembali bekerja dan sekarang sedang amik mood utk bekerja....Maklumlah azam tahun baru... hikk..hik..hikkk....

Ermm...nak buat yang mana dulu ekk???? blurr sungguh. Apa-apapun, kita breakfastla dulu...daaaaaa:)

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
1 comments
categories: |
Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS