Salam semua...
Hari ni hari jumaat.. aku terlewat datang kejer..
 Motifnyer terbabas bangun tido.. celik mata dah jam 6.30 pagi.. 
selalu kul 5.15 pagi dah bangun.. 

Perancangan awal aku nak cuti je hari ni.. 
tapi cuti tak diluluskan.. dibekukan katanya.. 
ate... kalo aku cuti nanti  opis aku tutup plak.. 
semua kejer tertunggak.. ( ayat poyo )

sentap....
kalo aku tahu aku EL je...
cuti aku berbaki 49 hari lagi tau.. tahun lepas aku cuti raya je tau.. 
cuti lain semua tak lepas.. baru nak cuti.. bos panggil.. baru nak cuti.. bos beri kejer..
nasib aku ni jenis malas nak mikir.. ikutkan je... 
fuhhh!!!   sentap ok....

Tapi.. sebenarnya bukan ini yg aku nak citer.. 
yg aku nak citer adalah aku dalam dilema ni..

baru je daftar further study..
alih-alih.. nama aku naik untuk bertugas sempena PRU-13
bertugas tu aku tak kisahlah kan.. SYMP..
yg aku kisahkan ialah.. nak bertugas diluar daerah selama 2 bulan..
apa ke hal.. 

aku ni dahlah kelas hujung minggu.. setiap Ahad...
kalo dah luar daerah.. camner tu???
pastu.. camner aku nak balik mengundi nanti.. 
dahlah aku mengundi kat Muar, Johor..

Adusss.. pening-pening... 
takpelah... kita tgk dulu surat secara rasminyer..
kalo agak2 susah.. kita buat rayuan .. takkan mereka tak faham kan...
harap2 ada jalannya nanti...







Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Friday, January 25, 2013
6 comments
categories: |


Actually aku simpan impian untuk further study ni dah lama dah.. Dari 2003 hingga kini.. tapi masa tu en hubby aku tgh amik degree dan aku simpan hasrat aku tu.. yelah kan.. masa tu pendapatan kami laki bini pun kecik.. so aku berkorban.. 
 
Bila dia dah grad, aku niat nak past baton, kononnya beri peluang kat aku plak study, tapi hampeh.. dia dok merayu-rayu dengan aku nak sambung master plak.. Bila aku fikir-fikir dan timbang tara aku izinkahlah dia study lagi.. aku pun pendamkan niat tu semula.. hinggalah kini Tahun 2013 aku usulkan semula niat aku ni.. dan alhamdulillah dia setuju dengan proposal aku.. syukur alhamdulillah...
 
Sebenarnya bila aku tengok sahabat2 sambung belajar .. aku sangat bangga dan gembira untuk mereka.. kagum memang sangat-sangat kagum! tabik springlah... kamu mmg osemmmmmm! :)

Sebelum ni, bila member-member seperjuanganku jumpa sure dia tanya; "ko tak nak sambung belajar?"

Kadang-kadang bengang gak nak jawab. Bukan bengang sebab per.. Tapi sebab hakikatnya malu nak ngaku otak dah berkarat, otak tepu...maklumlah dah 37 tahun.. 

tapi bila aku mikir.. duk umah pun nak buat per.. baik aku isi masa dengan bermanafaat.. nak belajar ilmu menjahit.. malas dah.. tempah lagi senang.. ilmu memasak.. pun tak kuasa dah.. makan jelah apa yg ada.. teringin.. sesekali order dan beli je... .belajar ilmu agama lak.. ok gak kan.. tapi itu pembelajaran sepanjang hayat...kan!!! 

So baik further study jelah... sekurang-kurangnya menyahut seruan kerajaan agar golongan wanita mentadbir organisasi.. hihihi.. ceh wah!!!!
 
Tapi yang nyata.. Wish list aku untuk tahun 2013 aku dah capai .... Hubby study kat UPM.. dan aku kat UM...so.. doakan kejayaan aku yekk...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, January 23, 2013
4 comments
categories: |

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Kebebasan kewangan?

Byk sebenarnya definisi yang diberikan dengan pelbagai pihak berhubung dengan maksud 
'Kebebasan Kewangan'..Kalo korang tanya pendapat aku,.. pada aku maksudnya adalah kita telah bebas daripada segala bebanan kewangan hutang yang melanda kita dan pada masa yang sama kita mempunyai masa yang cukup stabil untuk menampung kehidupan kita tanpa memerlukan berhutang. 

Itulah maksud aku.. dan from now aku sedang berusaha untuk membebaskan diriku dengan segala hutang piutang yang telah dimohon. Walaupun aku rasa sgt-sgt jauh tapi aku rasa ianya memerlukan komitmen yang tinggi, usaha, sokongan pelbagai pihak terutama BANK... ya BANK..

Dan sebenarnya aku takdelah menanggung hutang yang melampau.. dengan gaji aku ni potongan aku hanya rumah dan ANGKASA sahaja.. Rumah adalah join loan aku dan suami, manakala angkasa adalah pinjaman peribadi aku.. lain-lain urusan kewangan terletak dibahu suamiku,  


Ce korang tgk piramid kat atas ni... ni adalah idea dari Tuan Afyan.. .. pada aku.. SIMPANAN adalah cara yang mudah untuk mencapai kebebasan kewangan sebelum kita berbelanja. Tak kisahlah korang nak simpan berapa pun.. janji korang ada buat simpanan.. 

Memanglah kebiasanya bila kita dapat gaji, bayar hutang dan berbelanja dulu.. ada lebih baru kita simpan kan.. so kali ni ce korang try plak lepas gaji simpan dulu baru berbelanja. Aku yakin dan percaya kalo korang disiplin mempraktikkan cara gini.. sure korang akan bebas dari hutang..

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Monday, January 21, 2013
4 comments
categories: |

 
Actually aku sekarang semakin suka dengan lagu-lagu berunsur keislaman ni.. memanglah.. ni bukan perkara besar tapi cuma aku nak cakap gak yg aku dah semakin suka dengan lagu-lagu dan irama  berbentuk keislaman.. Maybe faktor usia yang semakin meningkat muda ni kan...

Dan kebetulan pula.. dikala ini siaran Tv byk memaparkan cerita-cerita sedih dan keislaman sebagai lagu latar sesebuah Filem dan Drama. 

Dan di antara lagu yang aku suka ialah lagu Rapuh nyanyian Opick ni.. best tau... Boleh dikatakan semua lagu-lagu dalam album dia best..sungguh indah kata demi kata lagu yg diciptakan. semuanya mengandng makna yg begitu indah,dan sentiasa mengetuk hati pendengar seperti aku.
So.. jom layan...




 

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
0 comments
categories: |



Selepas berjaya menembusi denyutan nadi rakyat melalui program Sentuhan Kasih, Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan akan melancarkan satu lagi program ‘Kenali Jiran Kita’ melalui Komuniti 1Malaysia (K1M) yang akan dilaksanakan dalam sedikit masa lagi. Program itu adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap sebenar perpaduan antara jiran di kampung/kawasan masing-masing termasuk di kawasan perumahan. Di harap program tersebut akan dapat memperkukuhkan dan mengeratkan perpaduan dan kemesraan di kalangan masyarakat seterusnya mewujudkan negara yang lebih harmoni.

Sebenarnya Kehidupan berjiran adalah suatu budaya hidup yang dituntut oleh Islam. Budaya yang diamalkan oleh kita pada hari ini, iaitu menghormati jiran dan menjaga hak-hak jiran kita. Kita bersyukur kepada Allah kerana mendapat jiran yang baik dengan menghormati kita sebagai jirannya.

Namun demikian ada juga yang malang sebab mendapat jiran yang tidak menjaga hak kita sebagai jiran atau jiran kita pula tidak mendapat jiran yang menjaga haknya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berbuat baiklah kepada jiran yang berjiran denganmu, nescaya engkau menjadi seorang muslim (yang sejati)."

Mengikut definisi jiran adalah orang yang tinggal disekeliling kita, iaitu disebelah, dihadapan dan juga dibelakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati.


Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, "Bimbingan Mukmin" menyatakan beberapa hak dan tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:
  • Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.

  • Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.

  • Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.

  • Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.

  • Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya.

  • Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik

  • Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana.

  • Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya

  • Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran. 

Cara-cara mengenali jiran 

Justeru itu, pelbagai langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Aktiviti bersama jiran

Aktiviti bersama jiran juga penting untuk kita merapatkan atau mengeratkan silaturahim bersama jiran. Banyak aktiviti boleh kita lakukan bersama jiran. Contoh aktiviti bersama jiran ialah bergotong-royong, berkelah dan beriadah bersama.

Gotong-royong membersih kawasan kediaman merupakan aktiviti kemasyarakatan. Kita boleh mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari minggu untuk mencegah penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Gotong-royong bukan sahaja dapat mencegah penyakit bahaya malah boleh mengisi masa lapang. Sekiranya terdapat majlis kenduri kendara atau kematian kita harus melapangkan masa bergotong-royong membantu jiran. Pada saat-saat beginilah tenaga jiran-jiran sangat diperlukan.

Aktiviti yang seterusnya ialah berkelah bersama jiran ke air terjun, kawasan pergunungan atau pinggir pantai. Semasa perkelahan, kita boleh bertanya khabar atau berbual-bual tentang latar belakang mereka dengan lebih lanjut. Kita juga boleh menjamu selera bersama untuk merasa masakan daripada keluarga yang berbeza. Dengan itu, kita boleh menghilangkan stress di tempat kerja atau perasaan bosan dengan mengadakan aktiviti perkelahan.

Beriadah bersama-sama jiran di taman juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama jiran. Aktiviti beriadah memberi banyak kebaikan. Beriadah dapat menyihatkan badan kita dan menenangkan fikiran di taman yang kehijauan. Kerajaan menggalakkan semua rakyat mengadakan aktiviti beriadah demi melahirkan rakyat yang sihat.

Aku berharap semua orang melakukan aktiviti bersama jiran seperti gotong-royong supaya rakyat Malaysia menjadi orang yang suka bekerjasama, saling bantu membantu dan hidup secara harmoni.

Rumusan

Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga sendiri. Tanpa erti kejiranan tiadalah erti tolong-menolong, pada waktu itulah dunia ini akan menjadi kelam-kabut. Oleh itulah, kita harus mempertahankan dan memperkenalkan erti kejiranan kepada golongan belia.

Pada era globalisasi ini, jiran yang suka tolong-menolong, baik hati dan murah hati semakin berkurangan. Oleh itu ibu bapa harus menyemaikan nilai-nilai murni seperti baik hati, bertolak ansur, kerjasama dan saling hormat-menghormati dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Kewujudan institusi keluarga yang berharmoni dengan jiran akan melahirkan masyarakat yang harmonis dan seterusnya lahir sebuah negara yang aman damai.

Aku harap pihak kerajaan mengambil langkah dengan mengadakan kempen kejiranan dan menganjurkan aktiviti yang releven untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya semangat kejiranan.


Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Thursday, January 17, 2013
4 comments
categories: |

 
Lor..selama ni aku pegang kalkulator ngira bajet, kira perbelanjaan, kira harga, kira duit.. terlupa nak kira umur dan tgk angka umur aku... 

Aku tahu, aku dah tua.. tapi tak perasan akan angka tersebut...tapi tiba-tiba hari ni aku amik kalkulator dan kira 2013 tolak 1976..rupanya dah 37 tahun hidup sebagai Azlina Abd Rahman. Walaupun Birthday aku bulan September..Cedih..cedih...

Eeeermmm...Inilah aku.. seorang wanita kacukan Melayu, jawa, bugis dan arab.... vaaaa.... kacukan ke?!. 

As u Know...sepanjang tempoh ini aku menetap di Malaysia dan seorang yang sangat-sangat menghargai makanan Malaysia. 

Jgn tak tahu, aku tergolong dalam kelompok hidup untuk makan dan pantang dengar makanan sedap, mesti cari punye!!!! 

Masa aku remaja kurus melidi dan melentik..
Pastu tu gemuk kejap...pastu masa bercinta kurus semula.. hingga ramai yg pasang jarum...nak ngorat!!!
Akhirnya Baharudin bin Mohamad yang dapat...

Awal-awal perkahwinan memang superblah.. Lepas kahwin asyik tunjuk skill memasak je.. badan pun mcm naik skit.. ceh wah.. nak salahkan skill konon... hahahaha!!!
Pastu bila kahwin dah lama dan tak beranak-beranak.. buat treatment kesuburan.. hah ko.. masa ni badan lagi gemuk!!! mcm di pam-pam kau!

Sepanjang tempoh gemuk, ada gak aku cuba beberapa jenis diet.

  1. Diet tak makan malam...Memula ok.. pastu malam-malam perut bergelodak, hingga aku takleh tido..bila timbang tak turun-turun.. tang jari je yg kurus skit.. sbb cincin lama dah boleh pakai.. hahaha...
  2. Diet tak makan nasi.. makanlah apa sahaja janji bukan nasi.. hah!! ni nampaknya ok.. tapi dah nama pun perut melayu.. mana boleh tahan..langsung tak berkesan! Mungkin sebab aku tak makan nasi tapi lauk aku menimbum.. ikan 3 rasalah..ikan masak lemak.. sayur masak lemaklah... hahahahahahhahahh
  3. Diet ni lain skit.. masa aku bujang dulu aku amalkan ada keberkesanannya.. maklumlah .. masa tu duit gaji takde sgt.. mana nak bayar sewa bilik, makan, tambang bas. nak tahu diet per??? diet minum air byk2..terutama air panas-panas..kiranya 2 minggu gak aku  amalkan, ok lah perut jadi kempis. Tetapi, bila satu hari tu aku cirit birit.. berak pun keluar air, muntah air, kencing air.. hihih memanglah kencing keluar air kan... so aku terus stop..

Akhirnya.. aku fed up.. dan sekarang setelah bertahun-tahun mencuba.. aku sedang berkira-kira semula untuk berdiet .. apakah????

Errmm.. tapi aku masih tak percaya lagi sekarang ni. Adakah aku boleh laksanakan..

So selama 37 tahun ni aku masih lagi membawa badanku ini.. ye.. aku kenal badan aku.. ukuran aku.. kelemahan aku..

Tetapi kita hanyalah manusia yang sentiasa alpa. Pasti ada sesuatu yang baru kita sedar setelah bertahun-tahun hidup.


Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Monday, January 14, 2013
5 comments
categories: |


Ni nasihat aku kat korang yang sayangkan keamanan, perpaduan dan kesejahteraan bagi
Negara kita Malaysia.
Esok korang jgn gatai-gatai nak join 
perhimpunan Shamsidar ni... 
duk umah diam-diam main ngan anak-anak, masak-masak untuk suami dan keluarga tercinta lebih berfaedah dari terlibat dengan benda ni semua. 

Ingatlah wahai anak muda dan seluruh rakyat yang cintakan keadilan, cintakan negara kita Malaysia, cintakan bangsa kita, cintakan agama kita, Jgnlah cuba-cuba untuk menghuru harakan negara kita, memutarbelitkan kebenaran, memporak perandakan keamanan negara.
Kita TIDAK perlu turun untuk bersama-sama 
Pakatan Pembangkang.



Harap korang dengar nasihat aku ni tau!!!!

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Friday, January 11, 2013
0 comments
categories: |

Colour blocking ini boleh juga dikategorikan sebagai kontra warna. Tetapi jika ingin menggayakan colour blocking, janganlah tersalah warna pula.. nanti bukan jadi colour blocking tapi eyes blocking laks...

Actually aku tgh pening sbb opis aku nak buat satu dinner yg bertemakan 'Blue Colour'.
Ok gak tapi dalam hati mcm berfikir adohai nak beli baju lagi.. kaler plak terikat dengan 'biru' je.. camner ni ekk..

Tapi dek kerana tak puas hati punya pasal.. 
aku godek2 internet dengan harapan kot2 jumpalah 
 tema biru yang dimaksudkan..
alih2..masa search internet terjumpalah tema 
'Colour Blocking' 
dalam hati berkata2.. cun gak ekk.. terus aku tanya kawan-kawan yg lain samada setuju atau tak tukar plan.

 Biasalah.. yg muda belia sure setuju.. dah zaman dia kan..
tapi yg zaman akak-akak ni mcm berat skit nak setuju.. tapi bila aku tunjukkan gambar kat bawah ni..
gambar dinner  yang dianjurkan oleh KKLW baru-baru ni. 

terus semua setuju...


amacam cun tak...sweet je kan.. terus like 50 X
hihihi.. syukurlah..


  
Ni tgk gambar kat bawah ni.. 
apa??? ingat akak-akak takleh melaram
'colour blocking'
Tgk gambar kat bawah ni cukup.... 
cantik gak.. 
baju kurung boleh.. jubah boleh.. janji ..
'colour blocking'


Ikutkan takdelah hodoh sgt pun.. pakailah apa2 pun yang penting kombinasi colour. Colour yg memainkan peranan.
barulah nampak ceria.. 

So.. kami sepakat tema Majlis Dinner Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan nanti adalah bertemakan
'Colour Blocking'
Nantikan kemunculannya.. 
hihihi!!!

 




Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
0 comments
categories: |



Tiba-tiba dapat ayat ni ..

Inilah situasi yg aku alami sekarang.. berurusan dengan orang yg tidak tahu nak buat keputusan. Hari ni ckp lain.. esok ckp lain.. lusa lagilah lain.. pastu dia ckp gini aku ikut.. pastu bila org lain ckp gini pada dia, dia ikut gak.. pastu dia ckp balik ngan aku gini..gini..gini... yang tersepitnya aku...

Pastu bila aku ada masalah atau persoalan, aku tanya dia dengan harapan boleh menyelesaikan masalah.. tapi jawapan tu nanti tak keluar dari mulut dia.. aku gak yang kena menyelesaikan sendiri. 

Bila bincang ngan aku, ckpnya bla..bla..bla... ingatkan dia boleh merubah atau memberi idea.. tapi .. langsung tak...balik dan patah balik tindakan tu pada aku...tidak membantu langsung... sabar jelah...


 

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, January 9, 2013
4 comments
categories: |


Bila aku mengenali seseorang kawan baru, mesti dia tanya ada FB?? ada Blog?? Ada Twitter??  biasanya aku jawab ada...

Tapi bila ditanya apa nama FB aku?? Twitter aku?? aku bolehlah jawab... tapi kalo bab apa nama Blog aku.. hahhhh.. yg ni susah skit aku nak jawab.. sbb pada aku blog adalah tempat aku meluahkan isi hati aku.. perasaan dan emosi aku. 

Kalo tanya kenapa aku buat blog ni, susah jugak nak jawab..tu pun kalau ada orang tahu yang aku ada blog. Actually jadi blogger ni segan la nak bagitahu yang kita ni ada blog. Maybe ada orang siap link kat FB ke Twitter ker.. tapi aku haremmm nak buat semua tu.. pada aku takpelah.. biarlah kelompok tertentu saja yang tahu.. kalo semua dah tahu susah gak.. kang maksud sebenar nak luahkan perasaan tak tercapai.. terpaksa hipokrit.. terpaksa pelesu dan nak tulis yg baik-baik je kan..

Rasanya orang berblogging ni biasanya untuk tujuan peribadi, tapi ramai jugak yang dah berjaya mengkomersialkan benda ni macam Fatin Liyana, Red Mummy, Ceeramoon, Viruspadu. Mereka-mereka ni semua dah ribu-riban pendapatannya. Dah popular ngalahkan artis. Tak kisahlah entry apa pun.. berjuta dan bersusun orang membacanya. Untung badan yek.. 


Tapi itulah kan.. itu pendirian masing-masing.. hak masing-masing.. biarlah blog aku ni tak popular.. yang penting rakan karib aku tahu dan keluarga aku tahu. ini sahaja kenangan yang aku tinggalkan untuk mereka.. So, korang lak malu tak nak bagitahu yang korang ada blog?

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
5 comments
categories: |





Aku suka sangat dengan ayat ni.. tapi seriously aku ckp.. aku dah tak persoalkan.. cuma aku mohon agar allah hentikan semua ujian keatas aku.. sesungguhnya aku dah tak tahan diuji. itu sahaja...




Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Tuesday, January 8, 2013
1 comments
categories: |



Pelik ekk.. apa yg susah sgt nak reply tu.. Bayangkan apa perasaan korang kalau hantar SMS orang tak balas dan buat tak tau jer. Actually aku memang bengang giler kalo SMS yang aku hantar tak berbalas. Sbbnya aku sendiri mengamalkan konsep angkat call bila berdering dan berbalas SMS walaupun satu huruf... cthnya.. aku reply Ok.. atau K..itu dah kira memadai. 


Pada aku bukan susah pun.. dah terlanjur ko baca sms tu terus jelah ko reply.. taip k pun takpe.. ni senyap membisu..kalo SMS tak penting takpelah membisu.. Ni dah tentu penting.. 

Paling aku angin bila aku hantar SMS utk dapatkan keputusan dia.. Dia tak reply.. yang kita ni ternanti-nanti keputusan atau jawapan dia.. 

korang rasa dia memang taknak jawab ke.. atau dia takde kredit atau dia tak respect aku? 
 


p/s...mmng betul2 terasa hati........

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
6 comments
categories: |

I was fortunate that I get and I plan to become a reality by 2012. Tapi ada banyak benda lagi yang aku berkenan dan teringin nak masukkan dalam wishlist tahun 2013. Antaranya :

1. Nak Beli Rumah Untuk Aset
Ikutkan setiap masa aku mengusha rumah-rumah apartment yang sesuai untuk dibuat duit. Geram je rasanya... Harga pun boleh tahan, Biasa la tu, permintaan tinggi harga pun mesti cantik jugak kan .. dulu masa aku belajar ekonomi, cikgu aku ckp benda yang mempunyai permintaan tinggi ni secara tidak langsung harga akan tinggi juga.. so sbb tu rega rumah ni melambung-lambung sekarang ni :)

2. Nak Cat Rumah
Semenjak aku pindah ke rumah baru, rasanya baru sekali aku mengecat rumah.. masa tu biasalah rumah baru.. idea mendeco ni mencurah-curah datangnya.. apa yg ada kat majalah.. itulah yg aku mahu.. last-last dah 5 tahun duduk terus tak mengecat langsung.. tapi aku rasa catnya ok lagi.. rumah aku pun mana ada budak kecik yang menconteng-conteng dinding. so itu yg ok lagi.. cuma aku bosan je ngan kalernya.. naklah kaler yg mengikut trend semasa kan.. hihihi..

3. Nak Beli Perabot Baru
Dari dulu lagi aku duk mengidam nak bawak masuk perabut LORENZO dalam rumah aku ni..bila lalu show room dia teransang nafsu aku nak memperolehinya.. hihihi..Design dia yang moden dan simple agak sesuai dengan jiwa aku. Insyallah 2013 kalo ada gaji lebih, aku cuba gak untuk mendapatkannya.
 

Tu je la benda yang ada dalam wishlist aku untuk tahun 2013..ikutkan byk lagi yang nak dicapai. huhu. Tapi fokuskan 3 ni dululah yek... Tgk budget. dan ukur badan sendiri.. Agak-agaknya apa wishlist korang untuk tahun 2013 ni..sama tak dengan aku?

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
0 comments
categories: |

Errmmm kejap je masa berlalu kan... Tanpa disedari tahun 2012 dah pun meninggalkan kita. Aku tahu masing-masing ramai dah set azam sempena tahun baru . Begitu juga dengan aku, pada aku 'Moving on to a better life performance' .

Kalo kat FB plak penuh orang update status AZAM 2013 ni..Aku entah kenapa tahun ni mcm tak nak berazam je.. Kalo boleh tak maulah Azam tinggal Azam. tapi dalam pada tak mau tak mau tu.. terselit disudut hati aku gak bahawa 2013 aku akan;

1. Surelah berusaha nak anak;-
Aku setiap tahun berazam nak beranak, nak mengandung. Tapi setakat ni Allah belum mengizinkan aku untuk mempunyai anak sendiri dari benih aku dan suami aku serta dari rahim aku sendiri. Tapi takpe.. aku tetap akan berusaha, cuma aku perlukan sokongan dari semua pihak, sokongan yang aku maksudkan ialah jaga hati dan perasaan aku.. jgn sesedap rasa bercerita mcm dia sempurna sgt. Tgk sekeliling dulu sebelum berkata-kata. Dan insyaallah 2013 ni kalo allah izinkan aku akan buat IVF. Insyaallah..

2. Nak body macam biola ; -
Amboi tu dia.. ayat tak boleh bla...hahaha!!! Actually ini azam tahun 2012 yang still tak dapat direalisasikan. Takpelah.. pelan-pelan kayuh.. ok.. body mcm biola tu jgn salah sangka beb... gemuk pun boleh body mcm biola tau.. maksudnya aku naklah walaupun gemuk tapi still ada shape..ada pinggangnya, ada dadanya, ada pinggulnya.. takdelah bentuk apple ke.. pear ker.. kotak ke. kan... hik..hik..hik..

3. Keep our words ; -
Well you know lah.. i ni kan laser, so utk tahun ni aku berazam nak to be a good listener. Kalo dulu otak aku berfikir sama laju ngan mulut aku.. apa yang aku rasa tak betul aku sound direct jer.. tapi insyaallah kali ni aku nak byk berdiam.. sbb kalo ckp byk pun bukan ada tindakan pun. 

4. Sambung study ; -
Actually perancangan ni dah lama dah.. cuma tak berani je lagi.. maklumlah aku duk HR ni bz yang teramat gaban, memula dulu nak start 2012 tapi 2012 bos aku jatuh sakit.. so perancangan kerja aku mcm tonggang terbalik skit.. semua aku nak kena mikir, nak kena buat, bos aku takleh byk mikir. Semenjak dia sakit ni aku mcm terbeban skit. So atas rasa tanggungjawab, Tahun 2012 gak aku tak amik cuti, tahun 2012 gak aku datang sabtu ahad atau cuti umum dan tahun 2012 gak aku byk buat kertas kerja dan laporan untuk peringkat tertinggi jabatan. Takpelah.. aku tak kisah.. think positif, sekurang-kuranya aku dapat belajar dan menikmati pengalaman yang bukan semua orang boleh dapat. 

Dan untuk tahun 2013 ni, aku dah ambil langkah pertama mendaftar pengajian luar kampus/hujung minggu di Universiti Malaya. Doakan kejayaan aku ya!! kalo ikutkan aku boleh je ambik exam KPSL untuk naik pangkat, tapi cukup2lah.. aku nak naik pangkat dengan berilmu dan berpengalaman.

Setakat ini , itu sahaja yg aku boleh fikirkan. Azam 2012 alhamdulillah semua dah langsai kecuali menguruskan badan yg montel dan gebus ni.  Insyaallah Tahun 2013 kejayaan menanti aku sekeluarga. Amin.


Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Thursday, January 3, 2013
2 comments
categories: |

Ini adalah N3 yang berkisar dengan Larian Tahun Baru 1Malaysia yang aku hadiri tempohari. Acara ni best.. memang best.. pada aku Larian Tahun Baru 1Malaysia yang diadakan hari ini berjaya mencapai matlamatnya.

Walaupun larian itu diadakan pada hari bekerja tetapi ia tetap mendapat sambutan 10,000 peserta yang sanggup datang dari jauh termasuk Pulau Pinang dan Johor, Kedah dan sebagainya.

Menurut Menteri aku, acara larian itu mungkin akan dijadikan acara tahunan kementerian selaras dengan usaha memupuk semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat.


Hah!!! nilah YB Menteri Aku bersama isteri tersayang serta cucu-cucunya. Punyalah semangat ko.. stamina dia jgn citerlah.. memang laur biasa..aku yang muda belia ni pun semput.. 

Dan yang belakang tu adalah beberapa artis yang turut memeriahkan acara.. tapi satu je aku tak kenan ngan mereka.. dah tahu program larian awatlah hang berkasut tumit tinggi... studylah skit beb!!! si Zed Zaidi ni pun satu hal.. tak mention awal2 ke ekk??
kata Presiden SENIMAN..kan!!!!


Amboi bersemangat Dato' Ketua Pengarah aku berlari...



Ko tgk ni.. beria-ia Menteri aku warm up... tapi VVIP kena lari 1km je.. nyesal aku tak lari ngan mereka.. kalo aku tahu lama dah aku lari ngan mereka.. la ni tak memasal aku hulur tengkuk berlari sejauh 5 km.. ingatkan dekat.. rupanya jauh beb.. bayangkan dari Dataran Merdeka pastu ke Bank Negara.. pastu ke Jalan Dato' Onn, pastunaik bukit turun bukit ke Jabatan Parit dan Saliran.. pastu lalu nu hah ke parlimen.. pastu ke padang merbuk ..bank Rakyat.. then tamat di Dataran Merdeka semula.. ee tak kuasa aku nak join lain kali.. Pakkallah!!!

Yang kelakarnya.. korang tahu tak.. masa we all sampai.. orang dah umumkan pemenang ko.. dah majlis penyampaian hadiah dah... Sob..sob..sob... mereka tak hirau pun kami sampai ke tak... haru tul...aku dgn sakit kaki, betis, pinggang, peha, kelengkang..semua sakit.. maklumlah org jarang2 bersenam ni.. Telinga pun tak fokus siapa pemenang.. Cabutan Bertuah pun gitu.. tak fokus langsung.. mana taknyer.. hati sakit sebab seorang sampai ada 10-15 no bertuah... camner tu??? 

Aku yang kejer kat KPKK pun tak dapat no bertuah sebanyak itu... 



Takpelah.. rezeki memasing.. banyak pun belum tentu ko dapat kalo tuhan tak izinkan... takpelah.... yang penting matlamat program tercapai. Pada aku selain menggalakkan cara hidup sihat, ia dapat juga memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara kaum, dan ia adalah wadah perjuangan kerajaan bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. 

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, January 2, 2013
0 comments
categories: |
Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS