Full width home nuffnang

Bercakap tentang bau badan, mungkin bagi sesetengah individu bunyinya memang lucu. Tetapi tidak bagi mereka yang mengalaminya dan tidak juga bagi mereka yang berada di sekitar orang yang memiliki bau badan.

Tidak kiralah lelaki atau wanita, penyebab kepada masalah bau badan tetap sama.

Peluh antara penyebab utama kepada masalah ini. Terdapat dua kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin yang bertindak mengeluarkan sisa metabolisme tubuh dan turut berguna untuk mengawal suhu badan.

Satu lagi ialah kelenjar apokrin yang terletak di daerah ketiak, payudara, daerah anus dan alat sulit. Ia berfungsi aktif setelah remaja dan peluh yang dihasilkan dipengaruhi oleh rangsangan emosi.

Oleh kerana peluh dari kelenjar apokrin mengandungi bayak lemak dan protein, ia menimbulkan bau yang tidak enak apabila diuraikan oleh bakteria. Bau inilah menyebabkan ramai yang lari apabila berdekatan dengan si pemilik bau badan.

Faktor pemakanan juga antara penyumbang kepada masalah ini. Ada jenis makanan yang boleh menyebabkan badan berbau contohnya bawang putih, bawang Bombay, terlalu banyak makanan berempah dan juga merokok.

Selain itu, faktor kebersihan diri juga perlu dititikberatkan. Cara paling umum ialah menggunakan deodoran dan anti perspiran. Deodoran yang mengandungi bahan antiseptik dapat menghalang bakteria manakala anti perspiran pula mengandungi bahan yang dapat mengurangkan pengeluaran peluh.

so.... setuju tak kalo aku kata bau badan juga satu gangguan????????

6 comments:

  1. setuju.... tapi saya suka bau badan suamiiii....tidoq celah ketiak...hahahahah

    ReplyDelete
  2. btol3...rasa nak termuntah kalo dekat2...standby 1drop perfume letak atas meja konon2 ajukn kat kawan tu kot soh try..kekeke

    ReplyDelete
  3. pening paler duk dkt dgn org badan berbau...huhuhu....nak tegur kang kwn sendiri...aduiii, serba salah dibuatnya....tahan napas ajer laa kalau terkena mcm tu....

    ReplyDelete
  4. setuju..tak tahan kalo duk sebelah org yg ada bau bdn..huhuhu...penin!!!tapi bau badan hubby yg dicari..hehe..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, takde masalah kritikal nii.. hubby pun takde masalah jugak sebab dia tu mmg suka mandi, so takda badan nak berbau..

    tapi heran, pernah ada pengalaman, housemate (dah tentulah perempuan), badan dia gempal tp tak tahu nak jaga bau badan.. baunya melekat sampai ke bilik... huhuhuhu

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]