In Vitro Fertilisation (IVF)

IVF juga dikenali sebagai 'bayi tabung uji', ini kerana, persenyawaan berlaku diluar badan (di dalam tabung uji). Indikasi bagi IVF termasuk:

1. faktor tiub (tiub tersumbat atau tidak berfungsi)
2. endometriosis
3. masalah sperma
4. faktor immunologi (antisperm antibodies)
5. rawatan IUI yang gagal
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. pendermaan sperma/ ovum/ embrio
8. ibu tumpang

Wanita akan menjalani controlled ovarian hyperstimulation (COH), sama ada protokol panjang, protokol pendek atau protokol antagonis, mengikut kesesuaian. Suntikan hCG akan diberi apabila folikel telah mencecah 18mm untuk mematangkan ovum. 34 jam berikutnya, pengumpulan telur (oocyte pick up (OPU)) akan dijalankan.

OPU adalah proses mengumpulkan telur. Telur akan disedut melalui vagina menggunakan peralatan khas. Prosedur ini memerlukan bius keseluruhan. Sebelum menjalani OPU perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • jangan makan atau minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menjalani OPU
  • jangan memakai kanta lekap, gigi palsu, alat solek, pewangi dan pengilat kuku semasa prosedur.
  • jangan membawa barang-barang berharga
  • pastikan anda telah menguruskan pengangkutan balik kerana anda dinasihatkan tidak memandu 24 jam selepas prosedur.

Semasa OPU, cecair folikular akan disedut menggunakan pam penyedut dan dikumpulkan di dalam tabung uji. Cecair yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada embriologist yang berada di dalam makmal bersebelahan dengan bilik pembedahan. Embriologist akan mengenalpasti telur menggunakan mikroskop. Prosedur ini mengambil masa 15 hingga 60 minit untuk selesai bergantung kepada bilangan folikel yang disedut. Setelah semua telur disedut, telur-telur ini akan dieramkan di dalam inkubator yang mana suhunya adalah 37ÂșC dan kepekatan karbon dioksida adalah 5%. Ini bertujuan untuk memberi ruang bagi telur melengkapkan fasa Meiosis II sebelum ia disenyawakan.

Pada hari yang sama, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum sampel dikeluarkan
  • memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
  • digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
  • mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
  • elakkan menggunakan pelincir atau sabun
  • elakkan semen dari tertumpah


Embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. Proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. Larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma motile yang tinggi akan diinseminasi ke dalam media pengkulturan yang mengandungi ovum seterusnya disimpan di dalam inkubator supaya persenyawaan berlaku secara semulajadi.

Prosedur pemindahan embrio tidak memerlukan bius dan hampir serupa dengan IUI. Perbezaan antara keduanya adalah pemindahan embrio memerlukan bantuan imbasan ultrabunyi manakalaIUI tidak. Imbasan ultrabunyi membantu doktor untuk menempatkan kateter berhampiran dengan fundus dan mengurangkan trauma terhadap endometrium. Keseluruhan prosedur mengambil masa 5 minit sahaja (lihat video).

Selepas menjalani pemindahan embrio, wanita tersebut perlu mengambil sokongan peleutenan sama ada dalam bentuk tablet vagina atau suntikan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan.
  • pastikan anda menggunakan ubat progesteron yang dibekalkan setiap hari.
  • minum air secukupnya.
  • elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
  • elakkan hubungan kelamin sekurang-kurangnya 3 bulan selepas menjalani rawatan

Ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan.


*** sumber adalah metro IVF Malaysia..


Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, January 25, 2012
14 comments
categories: |



Dgr berita dan baca paper ada kisah Abby Abadi kena buatan orang.. habis gatal2 seluruh badan dia... pastu kisah awie plak muntah bulu... adohai..... org melayu je ke yg kena.... agak2 orang cina, india, omputih ada pernah kena gak cenggini???

jgnlah gini wehhh.... ingat2lah dosa...

kalo geram sekali pun jgnlah buat sampai tu sekali... kesian tau... nak buat jahat memang terlorong je.. tapi nak buat baik susah woo... puas berubat... susah nak baik wooo....

tapikan... aku pernah terbaca satu artikel... kalo kita sentiasa didedahkan dengan citer2 mcm ni.. ataupun selalu tgk benda ni berulang2.. ianya akan automatik diset di minda kita...

contohnya di TV.. byk citer2 karut marut.. citer2 seram.. so benda tu tak baik utk pemikiran minda kita... rasanya Tun Dr M pun ada pernah komen di akhbar kan...





so... nasihat aku.. korang yang terbaca N3 ni jgnlah terdetik sebesar zahrah pun utk melakukan sebegini rupa... doakanlah org yg berbuat jahat pada kita tu agar berbuat baik dan terbuka hatinya untuk melakukan kebaikkan.... amin.....

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Thursday, January 19, 2012
3 comments
categories: |

Hihii... tak pernah join contes ke apa ker... tetiba jejari ku yang mulus dan domok ini nak plak berkongsi citer....

Kalo rasa2 nak promosi blog korang meh join Segmen BEN ASHAARI sambil tu leh menjana pendapatan...

Ok.. agak2 apa kaitan $$$$$$$$$ dengan blog aku???? ceh... berdebar siot nak citer... maklumlah 1st time masuk kontes...hihihi...

gini citernya... aku memula menceburkan diri dalam dunia blog ni pada tahun 2007.. masa tu baru pindah kejer dari Kementerian Pelancongan ke Kemeneterian Penerangan... biasalah.. masa tu saya budak baru.. so keje pun takdelah sgt... aku mana boleh takde kejer.. memang tahap gaban dan boring aku time tu... seniour2 plak haram nak ajar/ajak aku buat kejer... mcm melukut ditepi gantang aku time tu...

so... masa aku dihabiskan dengan mengadap komputer.. itu jer... dalam godek2 komputer tu tetiba aku terjumpa dengan satu blog dari Viruspadu... follow punya follow mcm best jer... tapi masa tu mcm tak caya gak.. betul ker hanya berblog boleh mendapat habuan yg lumayan???? pastu kebetulan kawan opis aku plak si mama Aqilah dah lama berblog dan dah menerima gak habuannya.. ... so itu membuatkan aku bertambah2 kuat untuk meaktifkan diri dalam dunia blog... pastu bila aku mula follow bloger2 lain tetiba aku rasa mcm satu sunami telah melanda dunia blog... sana sini org citer pasal BEN ASHAARI..they all kata si BEN ni dah mendapat beriban2 hanya dengan berblog sahaja... .aku pun trylah buka... nak tahu gak sapalah si BEN ni... sekali buka.. tgk muka mcm kenal... takleh jadi ni.. nak confirmkan gak... aku siap call Kementerian lama aku nak sahkan adakah betul si BEN ni blogger yg dimaksudkan.... rupa2nya... confirmmmmmm ko... memang sah dia...diam tak diam... dah fofular dah dia....

tapi yang best kan aku mcm heran gak camner dengan berblog jer leh dapat duit...oooo rupanya dengan cara letakkkan iklan dari nuffnang ker..dari adverlets ker..atau dari mana2 sumber yang boleh menjana duit... ooo baru aku tahuuuuuu....

so bermula itulah aku aktifkan diri... dan hasilnya aku telah menerima cek dari cik nuffnang yg pertama bernilai RM 267.00... see senang kan.....

tapi yg paling $$$$ pada aku adalah... nilai kenangan dan momen2 indah dalam blog aku ni... bila aku dah tiada lagi.. hanya inilah coretan2 manja aku tinggalkan untuk tatapan mereka2 yang mengenali aku .....

So itulah kaitan tanda $$$$ dengan blog aku......


Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
2 comments
categories: |


Ok .. meh aku syer ..

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

  • 16 Februari 1904 - 3 Februari 1905: Naga Kayu
  • 3 Februari 1916 - 22 Januari 1917: Naga Api
  • 23 Januari 1928 - 9 Februari 1929: Naga Tanah
  • 8 Februari 1940 - 26 Januari 1941: Naga Logam
  • 27 Januari 1952 - 13 Februari 1953: Naga Air
  • 13 Februari 1964 - 1 Februari 1965: Naga Kayu
  • 31 Januari 1976 - 17 Februari 1977: Naga Api
  • 17 Februari 1988 - 5 Februari 1989: Naga Tanah
  • 5 Februari 2000 - 23 Januari 2001: Naga Logam
  • 22 Januari 2012 - 10 Februari 2013: Naga Air
  • 2024 - 2025: Naga Kayu
  • 2036 - 2037: Naga Api
Dari sudut pandangan Feng Shui, tahun 2012 yang merupakan tahun Naga Air membawa banyak kebaikan dan rezeki kepada manusia. Seperti yang diketahui ramai, air merupakan sumber paling penting buat manusia, malah dua pertiga isi kandungan bumi juga merupakan air, manakala 95 peratus kandungan badan manusia terdiri daripada air.

Dalam teori unsur Cina, air menghasilkan kayu, yang menandakan pertumbuhan dan naga mewakili elemen semula jadi. Tahun Naga dianggap sebagai tahun paling bertuah dan ia dianggap makhluk mistik berbanding haiwan lain dalam kalendar Cina.

Golongan yang mempercayai kepercayaan karut menyatakan bayi yang dilahirkan pada Tahun Naga akan memiliki keberanian dan kebijaksanaan selain membawa tuah kepada keluarga. Untuk makluman semua Tahun Naga akan berakhir pada 9 Februari 2013.

Antara sifat positif bagi Tahun Naga ialah Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, good-hearted, forgivig, active, nice, fun, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan.

Sifat Negatif pula ialah Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka.

Harimau - berani, emosional, tidak terduga
Kerbau - kukuh, tenang, dipercayai
Tikus - cerdas, menarik, terus-terang
Babi - tulus, sabar, jujur
Anjing - setia, jujur, cerdas
Ayam jantan - akal, terancang, tegas
Monyet - aktif, suka bersenang-senang, ingin tahu
Kambing - kreatif, lembut, penyayang
Kuda - energik, berdikari, pekerja keras
Ular - menggoda, pintar, bijaksana
Naga - mulia, energik, ghairah

Arnab - penyayang, tulus, peka

p/s : harap2 pada tahun ni aku dikurniakan anak naga.. eh..ehh.. bukan..bukan.. zuriat....hihihih...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
0 comments
categories: |



Grrrrrrr..... Wow!!! patut garang semacam jer...rupanya aku dilahirkan pada tahun Naga... wekekekek....

nak tahu apa istimewanya Tahun Naga???

Nanti aku kongsi-kongsikan yekk...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
3 comments
categories: |


Aku copy dari FB Dr Hamid Arshad
"Keledek atau sweet potato sejenis makanan asli semakin kurang dimakan anak2 generasi muda sekarang. Dipercayai ia sumber hormon progesterone yang banyak gunanya pada wanita, jika dibuat sayur bersama daun turi atau cekor manis, ia bolih menambah susu ibu, meningkat kesuburan dan menjauhkan berbagai tumbuhan saperti fibroid, endometriosis"
So lepas ni confirm aku akan pastikan dalam seminggu 2 kali aku makan masakan yg berasaskan Ubi keledek... hihihii...

tapi takleh makan selalu sgt.. nanti angin byk dalam badan... payah gak kalo berangin jer ... wekekeekekek...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
2 comments
categories: |

Setiap hari aku terpaksa berdepan dengan wanita dot..dot..dot.. Alangkah indahnya jika puch card je.. tetiba wanita dot..dot..dot takde dah... dalam erti kata lain bersara pilihan atau perpindah.... Sejak dua tahun yang lalu, langsung tiada ketenangan untuk bekerja, membuatkan aku selalu stress dari pagi hinggalah ke petang. Kalau tiadanya rasa sabar di hati, memang sudah lama aku melepaskan amarah yang dipendam sejak dari dulu lagi.

Pagi ni..lain pula ceritanya, berlakunya sedikit ketidakpuasan hati antara aku dan dia maybe. Keadaan masih terkawal.. tapi itulah.. setiap perbuatan, tingkah laku dan kata-kata yg keluar dari aku adalah tidak ikhlas... dari riaksi dia menampakkan ketidakpuasan hatinya kepada aku.. tak tahu naper... tapi lately power yg ada sedikit diberikan kepadanya membuatkan dia mempergunakan powernya utk aku... benda yg sepatutnya aku dapat tetapi dia tak buat... alasannya adalah... nantilah.. akan dibincang bersama bos dahulu....

Contohnya...

Keputusan mesyuarat sebelum ni membenarkan aku dan staff2 lain dicawangan aku untuk membuat name card utk kegunaan harian.. semuanya adalah disebabkan justifikasi cawangan aku yg sgt2 memerlukan name card utk pelanggan... so.. semalam aku bertanyakan kepada dia.. adakah name card tersebut boleh dibuat... tapi dengan lembut dan sinis sambil ketawa-ketawa manja dia kata... boleh ker?? layak ker??? takpelah saya tgk semula... sinis bukan???

seperkara lagi... pegawai lain... nak sesuatu leh jumpa dan bertanya aku apa keperluan aku.. tapi dia tidak sama sekali... dia boleh buat tanpa bertanya langsung apa keperluan aku.. sedangkan mata dia nampak apa yg aku takde.. dan yg paling ketara sekali kalo time bercakap... org lain bercakap boleh bertentang mata... tapi dia kalo bercakap mata tidak tgk mata aku langsung... boleh dia pandang baju aku, tudung aku... buah dada aku gamaknya... pandang kertas.. meja.... pelik kan.... pastu kalo bebual pun ada je satu je ayat dia nak tujukan kepada aku..apalah yg membuatkan dia tidak berpuas hati ngan aku ekkk...

Errmmm adakalanya kawan rapat akan membuatkan kita rasa jengkel, jelik, rimas, meluat dan sebagainya.

rasanya perkara seperti ini seringkali terjadi, membuatkan kita berasa was-was nak rapat dengan orang lain. Kerana bimbang suatu masa nanti akan berlakunya pertelingkahan yang tidak diingini. Kini aku lebih berwaspada, mungkin cara aku yg happy go lucky, mulut byk, tak tahu time bila sedih, time bila suka, pantas, laser, pemurah ni membuatkan org tak suka... biarlah orang nak mengata aku. Yang penting, aku tidak pernah nak menyusahkan hidup orang lain.

Kehadiran wanita dot..dot..dot boleh diakui sedikit sebanyak membawa perubahan dari segi kerja, mood dan cara hidup sosial. Tetapi kita kena tahu apakah perubahan yang dibawakan itu positif ataupun negatif? yang penting dan paling utama sekali, jangan sesekali menilai orang pada saat awal perkenalan. Kerana di saat itu, bukan diri mereka yang sebenarnya.

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, January 18, 2012
1 comments
categories: |
Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Jom Borak


ShoutMix chat widget

Blog Archive

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS