Full width home nuffnang

Pejam celik, pejam celik, sudah enam bulan tahun 2010 berlalu. .
Alhamdulillah.....

sepanjang setengah tahun ini aku cuba muhasabah diri sendiri...
mikirkan pencapaianku sendiri sepanjang 6 bulan pertama ini....
pada aku... selama 6 bulan ini juga ada yang membanggakan diriku...
tetapi tidak kurang juga yang kurang memuaskan....
tapi takpe... apa saja yang kurang memberangsangkan itu..
aku akan ambil sebagai pengajaran dan pedoman hidupku.....

Setengah tahun ini juga ada beberapa kisah peribadi
yang tidak kurang menjejaskan emosi,
terutamanya hal berkaitan kekeluargaan..
Betullah seperti kata seorang kawan...
“Kalau kita layan benda-benda begini, memang jadi punya!
Cara terbaik, jangan buka jalan tu..
dan jgn panjangkan hal yg remeh temah...”
Terima kasih, pada kawan aku tu kerana memberi nasihat!

Oh ya, untuk tahun ni...
aku memanjat kesyukuran pada allah s.w.t,
kerana memberi aku rezeki yg tidak ternilai...
berita kenaikan pangkat aku dan suami tercinta...

walaupun aku masih mengharapkan rezeki dikuniakan cahayamata...
tapi aku terima dengan rezeki yg allah kurniakan pada aku ini...
mungkin allah sedang mengaturkan dan merencanakan
hidup dan rezeki aku, sebelum allah mengurniakan cahayamata buat kami..

Oh ya... aku dengar khabar, akan ada rombakan kecil di opis aku ni..
ini semua disebabkan kenaikan pangkat yg byk diopis aku ni...

Berita-berita begini kadangkala buat aku letih dan stres sedikit.
maklumlah .. aku pun menerima tempias yg sama..
kesan dari kenaikan pangkat ni..

takpelah.. rombakan yang kecil atau besar..aku kena terima dan redha..
memang perkara seperti ini biasa di mana-mana pun...
Adat bekerja, memang beginilah...
Asal terus dapat bekerja, tidak dibuang kerja, tidak dikurangkan gaji..
daat tido sebantal dengan suami tercinta tu
pada aku sudah cukup baik...Betul tak?????

Aku cuma mohon yang terbaik untuk diri sendiri!

Amin...

cuma pada aku.. jgnlah ada hengki pengki..
org tu boleh orang tu takleh...
adat naik pangkat kenalah keluar..
takkan pangkat nak.. pindah tak mau plak kan...
selagi ada waran perjawatan.. bolehlah dikekalkan..

kalo takde tu.. paham-paham jelah...

Akhir kata.. aku ucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya
mengharungi cabaran enam bulan pertama tahun 2010...
dan kepada semua yg berjaya dalam temuduga yg lepas...
tahniah sekali lagi...

11 comments:

  1. Tahniah atas kejayaan yg memberangsangkan dlm 6 bln pertama tahun ni. Smoga tros success dlm hidupp. ^_^

    ReplyDelete
  2. chaiyok akak..smoga pasni rezeki zuriat menyusul..amin

    ReplyDelete
  3. pantasnye masa berlalu kan kak...

    ReplyDelete
  4. tahniah dari SIS utk INA ==
    semuga INA success dengan tugas yg lebih mencabar.. gud job

    ReplyDelete
  5. tahniah naik pngkat. insyaAllh ada rezki nanti naik pgkt jadi ibu pula. betulla tu.. Allah sudah merencanakan yg terbaik utk kita.. kita terima dgn redha..

    ReplyDelete
  6. cepatnya masa berlalu kan...
    smoga bertambah murah rezki u nanti...

    ReplyDelete
  7. tahniah ina...biasalah dlm hidup mesti ada yurun naiknya
    saya doakan impian ina untuk mendapat cahaya mata akan terlaksana..Adelah hikmahnya disebalik ape yg berlaku...

    ReplyDelete
  8. sekejap je kan dah 6 bulan berlalu

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...dalam hidup ni mmg Allah dah aturkan kehidupan setiap hambaNya...Allah maha adil, mana yang kita terlebih mungkin terkurang kat orang lain begitu juga lah sebaliknya, yang penting sentiasa bersyukur atas segala pemberiannya :)

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]