Full width home nuffnang



Ada beza ke bila kita kerja dengan boss lelaki dengan boss perempuan?

Semestinya ada...

Cara komunikasi, cara berfikir, tentu berbeza.

Org perempuan lebih kpd berpandangan luas, org lelaki pula lebih kpd berpandangan jauh
. Ada yang berpandangan boss perempuan lebih ikut peraturan manakala boss lelaki plak lebih bertimbang rasa. Perempuan lebih teliti, maka bila bekerja, mereka lebih pentingkan details. Kalau nak hias pejabat, sampai apa ton warna cat hingga sekecil-kecil barang hiasan dalam pejabat pun kena mendapat kelulusan bos perempuan tersebut. Kalau nak letak bunga, sampaikan ke spesis bunga tersebut perlu diberitahu bos perempuan. Bila bekerja, detail-nya perempuan ini, sampai kena ikut 100% SOP atau protokol kerja tersebut.

Lelaki lebih kepada konsep. Kalau nak hias pejabat, bos lelaki cuma cakap "Saya nak cat kaler kelabu tahi anjing." Maka terserahlah kepada pekerja nak hias macam mana pun, asalkan catnya berwarna kelabu. Kalau kata bunga, letaklah bunga apa sekali pun, asalkan ia sesuai. Bila bekerja, lelaki lebih kepada konsep, bukan pada pencirian. SOP kena ikut, tapi kalau ada cara lain yang lebih mudah, ikutlah cara mudah tersebut.

Ini secara umumlah, berdasarkan pengalamanku. Tapi ada je bos lelaki yang mengalahkan perempuan. OCD ke apa tak tahulah. Begitu juga dengan bos perempuan. Ada bos lelaki selalunya profesional, iaitu tidak mencampurkan urusan peribadi/personal dengan kerja. ketika kerja, kerja betul-betul. fokus kepada tugasan yang diberikan. tapi, tak bermakna tiada bos wanita yang macam nie. 

Dalam satu segi orang kata boss perempuan cerewet, tapi ada gak boss lelaki yang cerewet juga orangnya. Kadang-kadang cerewet ni bagus juga. kerja jadi lebih kemas dan tersusun, memudahkan untuk merujuk pada kemudian hari dan dapat meminimakan kesilapan.

Kesimpulannya, bagiku, bos perempuan ni cerewet sedikit, kalau bos lelaki ni, tak kisah sangat. Asalkan tahu konsep dan kerja jalan, OK lah tu.  Secara peribadinya aku nak maklumkan bahawa aku tak kisah dapat bos lelaki ke bos perempuan. Yang penting bos tu mesti ada ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Jgn hanya minit "sila uruskan" je.. Dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya dan dia mesti boleh membuat keputusan. 

Sbb pada aku seorang bos yang tidak tahu buat keputusan itu dinamakan 'situasi siput babi'.. kenapa aku kata gitu???
sbb bos yang mengalami situasi begitu adalah kerana dia tak tahu dia tu siput atau dia tu babi.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]