Assalamualaikum,  
Kali ini aku nak ajak semua rakyat Malaysia terutamanya mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk datang ke Dataran Merdeka pada 31 Disember ini untuk menyertai Larian Tahun Baru 1 Malaysia bermula jam 6 pagi.
Syarat kelayakan mestilah berumur 13 tahun keatas dan sihat tubuh badan, Hadiah memang cukup lumayan iaitu dikhabarkan sebanyak RM51,000. Jika anda berminat untuk menyertai larian ini sila download borang disini.
 
Untuk berita lengkap mengenai larian tahun baru 1 Malaysia sila baca berita dibawah


PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Larian Tahun Baru 1Malaysia, yang berlangsung Isnin ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagai sebahagian sambutan Tahun Baru 2013, bakal menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM51,000.

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata enam kategori dipertanding iaitu Terbuka Lelaki (18-40 tahun), Terbuka Wanita (18-35 tahun), Veteran Lelaki (40 tahun ke atas), Veteran Wanita (35 tahun ke atas), Remaja Lelaki dan Remaja Wanita (13-17 tahun).

"Johan bagi semua kategori ini akan mendapat hadiah wang tunai RM3,000 selain cenderamata, hadiah kedua RM2,000, hadiah ketiga RM1,000 dan hadiah sagu hati RM500. Selain itu, cabutan bertuah dan hadiah untuk penyertaan unik seperti peserta tertua dan keluarga terbesar, sedang diusahakan," katanya kepada Bernama.


Beliau berkata selain menggalakkan cara hidup sihat, larian itu bertujuan memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara kaum, dan ia merupakan wadah perjuangan kerajaan bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai termasuk generasi muda, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sukarela serta persatuan sukan akan mengambil peluang menyertai program anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan.

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia.

Posted by Diarihatiku1976 on Friday, December 28, 2012
categories:

3 comments

  1. Delimasari Says:
  2. xdpt sertai nk balik Kampong

     
  3. wananiewana Says:
  4. Nk daftar Esok pg bolehhhh tak??

     
  5. wananiewana Says:
  6. Nk daftar Esok pg bolehhhh tak??

     

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS