Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Errmm seperti yang dijanjikan aku nak story mory skit bab penempatan hubby aku. bab ni memang suspen skit..mana tak nyer.. bab penempatan surelah aku tahu.. kan aku kejer di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.. so dah tentu hal-hal penempatan dan kekosongan jabatan, insyaallah aku tahu.... 

Memula aku dimaklumkan bahawa area Putrajaya ada 5 kekosongan.. sbb ada yang mintak tukar siap2 utk balik negeri masing-masing. Lega siot bila dapat tahu 5 kekosongan.. sekurang-kurangnya ada gak peluang nak posting Putrajaya kan...dah aku kan suami isteri.. satu jabatan.. takkan KP aku nak pisahkan sesaje kan.. dah tentu dapat kelebihan.. kalo tak pun dua-dua kena pindah ...  

Tapi nak dijadikan cerita, pegawai HR aku boleh penuhkan dulu kekosongan di putrajaya tu ko.. sesaja je kan.. pastu yang membengangkan aku, dia isi kekosongan tu tanpa pengetahuan KP. Sedangkan dia tahu setiap pertukaran Peringkat Pengurusan mesti melalui KP. Tapi sesuka hatinya buat pertukaran dulu.  

Aku dapat tahu pun bila terbaca surat arahan pertukaran di tray surat menyurat. Bengang tul aku.. yelah kan.. sekurang-kurangnya maklumlah ngan aku... kan ke satu bahagian. just ckp minta maaf kat aku tak dapat tolong pun takpe .. kira oklah kan.. kiranya adalah bahasa gak... 

entahlah.. hati manusia ni lain-lain... takpelah.. berserah pada allah..

Masa aku dapat tahu je penempatan Putrajaya tu penuh terus aku jumpa bos aku.. aku ngan muka seposen ni bertanyalah...

Bos.. saya nak tanya.. penempatan Putrajaya dah penuh ekk.. bos dah penuhkan penempatan ya?? Bukan haritu KP kata hanya dia saja yang tentukan penempatan, pertukaran ke??? aku tanya gitu...

Pastu bole plak bos aku terpinga-pinga. dia siap kata.. 

Eh!!! saya dah reservekan satu post PRO di Putrajaya utk din satu, hazly satu.. kata dia.

Apanyer bos.. bos yang sign semuanya....penuh dah Putrajaya bos... aku kata.

Terdiam dia.. pastu terus dia jumpa Pegawai Operasi aku untuk minta pengesahan..dalam hati aku terus berkata-kata.. apalah bos aku.. main sign je ker.. tak baca ke isi kandungan surat.. ermmm.. tapi aku kenal dia.. dulu dia lain.. now semenjak dia sakit ni dia memang lain.. totaly berubah... takpelah.. dimaafkan... saya maafkan bos yek... hihihi...

So sejak tu.. aku diam je ko.. lantaklah nak tukar manapun.. sbb aku memang tahu, Putrajaya takde kosong. yang ada pun paling dekat adalah di Melaka. dalam kepala ni set Melaka, Melaka, Melaka.. 

Sedih jgn ckplah... paling aku risau kalo tukar jauh ni bukan apa ko.. pasal ayah dia yg berulang alik di IJN tu.. ko bayangkan kalo jauh-jauh kelantan, ke, perak ke camner kan... pastu kelas hubby yang hujung minggu di UPM lagi... adohaiii.. mcm2 aku mikir ko..

Masa tu kan... siapa pun tanya.. kami jawab Melaka.. sbb aku tahu..KP aku bukan zalim.. takkan dia nak pisahkan kami suami isteri. Lagi plak kami suami isteri kejer satu Jabatan. mesti ada kelebihan kan...mula dari tu gak kami suami isteri buat persiapan fizikal dan mental bahawa kami akan ditempatkan di Melaka..Masa tu gak kami dah start buat perkiraaan kalo-kalo nak berulang alik ke.. pindah Seremban ke.. balik hujung minggu ke, pendek kata mcm-mcm perancangan ko... mind set hanya kata MELAKA...
 
 Dipendekkan citer 27hb November 2012 tu bermeetinglah KP aku ngan pegawai operasi berkenaan hal-hal penempatan dan pertukaran. Sepanjang hari aku berdebar-debar. Mcm2 bermain di benak fikiranku. Tapi kan..allah tu memang dah aturkan ketentukan hidup kita kan.. tup-tup keluar dari meeting bos aku ckp..

"tahniah Na.. Ibu Pejabat."

Aku termenung jap.. Ibu Pejabat?? mana ada kosong?? siapa kena keluar?? 

Aduhhh!!!.. bala apa lak yang kami dapat ni.. kalo ada yg kena keluar sure dia duduk kerusi panas....

Aku tanya kat mana bos ibu pejabat tu.. bos aku diam je.. senyum je dia... waduhhh.. bos aku ni.. tanya pegawai operasi lak...jgn haraplah nak jawab... jawapan dia rahsia je memanjang.. yelah.. aku pun faham tugasan dia.. sulit kan.. so aku akurlah.. dapat clue kata Ibu Pejabat pun dah syukur dah...

Esoknya tu.. rumours mcm-mcm  aku dgr...maklumlah.. hot seat... siap ada persidangan meja bulat lagi kat cafe...  paling perit didengar bila org kata aku melobi KP.. bongok.. siapa aku nak lobi KP??dah tentu KP ada mata dan telinga. Dia pun cerdik.. dia tahulah perancangan organisasi dia kan..

Takpelah.. lantaklah org nak kata apa..allah maha mengetahui..

Yang dia plak bila tahu je confirm kat HQ, kat hot seat lagilah tak senang tido ko... pantang bersua muka ngan aku.. ada-ada je yang dia nak ckp.. sian aku tgk dia.. stress gamaknya... yelah.... sana sini semua org sedang memperkatakan isu hot seat ni.. mana tak stress dia.. aku lagilah risau.. sbb tempat yang dia nak kejer ni bukan calang2 tempat.. semua otai-otai yang bertukun ni... bak kata pepatah mereka2 ni mcm kuil hindu.. kalo alih je mau kena dot..dot..dot... hihihihi... 

Yang kelakarnya.. dia punyalah risau.. sampai setiap kali sembahyang baca yassin ko... kalo kat pejabat aku tak tahulah.. tapi kat umah.. asal sembahyang je baca yassin.. risau beno dia.. bertentang mata je ngan aku.. sure dia cerita kerisauan dia.. aku ni sampai tak tahu nak ckp apa lagi dah.. jenuh beri kata-kata semangat. layan jelah..

Dan akhirnya pada tarikh yang dinyatakan disurat, dia pun lapor diri.. dan kini allamdulillah dia semakin boleh menyesuaikan diri.. walaupun pada mulanya ada hal2 @ bab2 yang tak sepatutnya berlaku.  tapi itu aku takleh cerita disini.. bahaya...

yang penting aku sentiasa berpesan pada dia dan diri aku gak.. kita yang kena sesuaikan diri kita.. bukan orang lain.. yang penting ikhlas.. ye dak!!!

So habis sini jelah kisah Hubby ku... part 3 cukup..


byk2 kang korang fed up plak.. aku nak citer lain plak.. ermm pasni aku nak citer apa yekkk.. errmmm .. nantilah.. akan difikirkan kemudian...

Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, December 26, 2012
categories:

0 comments

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS