Yeh... setuju tak??? setujulah kan.. 

Niat dihati memanglah nak bercuti.. tapi setiap kali nak bercuti ada je halangan dan rintangannya..

Percaya tak kalo aku ckp bahawa cuti aku berbaki 50 hari. 

ye.. ye.. aku tahu korang mesti ckp aku gile kejer kan.. tapi yg benornya aku sendiri tak tahu bila masa nak apply cuti, untuk apa aku aply cuti kerana erti cuti bagi aku ialah jika aku betul2 ada urusan penting dan erti cuti bagi aku jika aku laki bini sama-sama boleh bercuti. 

Masalahnya aku laki bini sukar nak jumpa titik pertemuan utk mohon cuti.. kecuali hari raya. lain dari tu.. dia sibuk aku free, aku sibuk dia free, aku sibuk dia sibuk, nak dapat dia free aku free memang takdelah.. parak sgt dengarnya kan???


nak cuti duk umah sorang2 buat per kan... 

contohnya mcm minggu ni.. opis aku lengang.. mcm kena langgar garuda.. semua bercuti.. tapi aku???? 

Ye.. memang aku plan nak cuti minggu ni.. tapi bila nak amik cuti je.. masa tulah bos aku beri kejer kat aku, buatkan perancangan lah, pencapaianlah, kertas kerjalah, laporan lah.. mcm-mcm hal. so camner.. semua due date 2-3 hari jer. 

terlalu fikir tanggungjawab pun susah gak kan.. kalo tinggal bontang gitu je kesian plak kat dia... adohaiii... 







Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Saturday, December 29, 2012
6 comments
categories: |

Assalamualaikum,  
Kali ini aku nak ajak semua rakyat Malaysia terutamanya mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk datang ke Dataran Merdeka pada 31 Disember ini untuk menyertai Larian Tahun Baru 1 Malaysia bermula jam 6 pagi.
Syarat kelayakan mestilah berumur 13 tahun keatas dan sihat tubuh badan, Hadiah memang cukup lumayan iaitu dikhabarkan sebanyak RM51,000. Jika anda berminat untuk menyertai larian ini sila download borang disini.
 
Untuk berita lengkap mengenai larian tahun baru 1 Malaysia sila baca berita dibawah


PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Larian Tahun Baru 1Malaysia, yang berlangsung Isnin ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagai sebahagian sambutan Tahun Baru 2013, bakal menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM51,000.

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata enam kategori dipertanding iaitu Terbuka Lelaki (18-40 tahun), Terbuka Wanita (18-35 tahun), Veteran Lelaki (40 tahun ke atas), Veteran Wanita (35 tahun ke atas), Remaja Lelaki dan Remaja Wanita (13-17 tahun).

"Johan bagi semua kategori ini akan mendapat hadiah wang tunai RM3,000 selain cenderamata, hadiah kedua RM2,000, hadiah ketiga RM1,000 dan hadiah sagu hati RM500. Selain itu, cabutan bertuah dan hadiah untuk penyertaan unik seperti peserta tertua dan keluarga terbesar, sedang diusahakan," katanya kepada Bernama.


Beliau berkata selain menggalakkan cara hidup sihat, larian itu bertujuan memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara kaum, dan ia merupakan wadah perjuangan kerajaan bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai termasuk generasi muda, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan sukarela serta persatuan sukan akan mengambil peluang menyertai program anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan.

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia.

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Friday, December 28, 2012
3 comments
categories: |

Pagi jumaat yang indah ni..
rasa sedih tiba2 datang
rasa dah lama tak bercerita dan tak meluahkan kat seseorang
rindu nak meluahkan rasa sayu selagi tak jumpa double-line
 kawan baik aku satu opis ni pun maybe 
takkan citer bab mengandung lagi..
sbb dia pun dah amik anak angkat
sure citer bab anak je kan lepas ni.. 
walaupun anak angkat..
 Terasa disudut hati ni dah berlopak-lopak 
dan bergenang-genang dgn kesedihan
serius...aku dah lama tak menagis

adakah sudah tima masanya untuk aku menangis kembali???

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
2 comments
categories: |


Sentap hati aku weh...
minggu ni hari-hari balik lewat..
giler kentang tul laki aku ni..
nampak gaya nyer aku kena back to normal
bawa keter sendiri gi kejer..
ingatkan satu pejabat
leh jimat..
leh she..shu..ke hati jadi mem duk sebelah
rupanya hampeh...

Boring tunggu dia punya pasal
terus aku update blog...
hahahahhaha...
tak pernah dibuat aku update memalam ni..

 

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Thursday, December 27, 2012
0 comments
categories: |



Ada beza ke bila kita kerja dengan boss lelaki dengan boss perempuan?

Semestinya ada...

Cara komunikasi, cara berfikir, tentu berbeza.

Org perempuan lebih kpd berpandangan luas, org lelaki pula lebih kpd berpandangan jauh
. Ada yang berpandangan boss perempuan lebih ikut peraturan manakala boss lelaki plak lebih bertimbang rasa. Perempuan lebih teliti, maka bila bekerja, mereka lebih pentingkan details. Kalau nak hias pejabat, sampai apa ton warna cat hingga sekecil-kecil barang hiasan dalam pejabat pun kena mendapat kelulusan bos perempuan tersebut. Kalau nak letak bunga, sampaikan ke spesis bunga tersebut perlu diberitahu bos perempuan. Bila bekerja, detail-nya perempuan ini, sampai kena ikut 100% SOP atau protokol kerja tersebut.

Lelaki lebih kepada konsep. Kalau nak hias pejabat, bos lelaki cuma cakap "Saya nak cat kaler kelabu tahi anjing." Maka terserahlah kepada pekerja nak hias macam mana pun, asalkan catnya berwarna kelabu. Kalau kata bunga, letaklah bunga apa sekali pun, asalkan ia sesuai. Bila bekerja, lelaki lebih kepada konsep, bukan pada pencirian. SOP kena ikut, tapi kalau ada cara lain yang lebih mudah, ikutlah cara mudah tersebut.

Ini secara umumlah, berdasarkan pengalamanku. Tapi ada je bos lelaki yang mengalahkan perempuan. OCD ke apa tak tahulah. Begitu juga dengan bos perempuan. Ada bos lelaki selalunya profesional, iaitu tidak mencampurkan urusan peribadi/personal dengan kerja. ketika kerja, kerja betul-betul. fokus kepada tugasan yang diberikan. tapi, tak bermakna tiada bos wanita yang macam nie. 

Dalam satu segi orang kata boss perempuan cerewet, tapi ada gak boss lelaki yang cerewet juga orangnya. Kadang-kadang cerewet ni bagus juga. kerja jadi lebih kemas dan tersusun, memudahkan untuk merujuk pada kemudian hari dan dapat meminimakan kesilapan.

Kesimpulannya, bagiku, bos perempuan ni cerewet sedikit, kalau bos lelaki ni, tak kisah sangat. Asalkan tahu konsep dan kerja jalan, OK lah tu.  Secara peribadinya aku nak maklumkan bahawa aku tak kisah dapat bos lelaki ke bos perempuan. Yang penting bos tu mesti ada ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Jgn hanya minit "sila uruskan" je.. Dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya dan dia mesti boleh membuat keputusan. 

Sbb pada aku seorang bos yang tidak tahu buat keputusan itu dinamakan 'situasi siput babi'.. kenapa aku kata gitu???
sbb bos yang mengalami situasi begitu adalah kerana dia tak tahu dia tu siput atau dia tu babi.

Sekian. 

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on
0 comments
categories: |

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Errmm seperti yang dijanjikan aku nak story mory skit bab penempatan hubby aku. bab ni memang suspen skit..mana tak nyer.. bab penempatan surelah aku tahu.. kan aku kejer di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.. so dah tentu hal-hal penempatan dan kekosongan jabatan, insyaallah aku tahu.... 

Memula aku dimaklumkan bahawa area Putrajaya ada 5 kekosongan.. sbb ada yang mintak tukar siap2 utk balik negeri masing-masing. Lega siot bila dapat tahu 5 kekosongan.. sekurang-kurangnya ada gak peluang nak posting Putrajaya kan...dah aku kan suami isteri.. satu jabatan.. takkan KP aku nak pisahkan sesaje kan.. dah tentu dapat kelebihan.. kalo tak pun dua-dua kena pindah ...  

Tapi nak dijadikan cerita, pegawai HR aku boleh penuhkan dulu kekosongan di putrajaya tu ko.. sesaja je kan.. pastu yang membengangkan aku, dia isi kekosongan tu tanpa pengetahuan KP. Sedangkan dia tahu setiap pertukaran Peringkat Pengurusan mesti melalui KP. Tapi sesuka hatinya buat pertukaran dulu.  

Aku dapat tahu pun bila terbaca surat arahan pertukaran di tray surat menyurat. Bengang tul aku.. yelah kan.. sekurang-kurangnya maklumlah ngan aku... kan ke satu bahagian. just ckp minta maaf kat aku tak dapat tolong pun takpe .. kira oklah kan.. kiranya adalah bahasa gak... 

entahlah.. hati manusia ni lain-lain... takpelah.. berserah pada allah..

Masa aku dapat tahu je penempatan Putrajaya tu penuh terus aku jumpa bos aku.. aku ngan muka seposen ni bertanyalah...

Bos.. saya nak tanya.. penempatan Putrajaya dah penuh ekk.. bos dah penuhkan penempatan ya?? Bukan haritu KP kata hanya dia saja yang tentukan penempatan, pertukaran ke??? aku tanya gitu...

Pastu bole plak bos aku terpinga-pinga. dia siap kata.. 

Eh!!! saya dah reservekan satu post PRO di Putrajaya utk din satu, hazly satu.. kata dia.

Apanyer bos.. bos yang sign semuanya....penuh dah Putrajaya bos... aku kata.

Terdiam dia.. pastu terus dia jumpa Pegawai Operasi aku untuk minta pengesahan..dalam hati aku terus berkata-kata.. apalah bos aku.. main sign je ker.. tak baca ke isi kandungan surat.. ermmm.. tapi aku kenal dia.. dulu dia lain.. now semenjak dia sakit ni dia memang lain.. totaly berubah... takpelah.. dimaafkan... saya maafkan bos yek... hihihi...

So sejak tu.. aku diam je ko.. lantaklah nak tukar manapun.. sbb aku memang tahu, Putrajaya takde kosong. yang ada pun paling dekat adalah di Melaka. dalam kepala ni set Melaka, Melaka, Melaka.. 

Sedih jgn ckplah... paling aku risau kalo tukar jauh ni bukan apa ko.. pasal ayah dia yg berulang alik di IJN tu.. ko bayangkan kalo jauh-jauh kelantan, ke, perak ke camner kan... pastu kelas hubby yang hujung minggu di UPM lagi... adohaiii.. mcm2 aku mikir ko..

Masa tu kan... siapa pun tanya.. kami jawab Melaka.. sbb aku tahu..KP aku bukan zalim.. takkan dia nak pisahkan kami suami isteri. Lagi plak kami suami isteri kejer satu Jabatan. mesti ada kelebihan kan...mula dari tu gak kami suami isteri buat persiapan fizikal dan mental bahawa kami akan ditempatkan di Melaka..Masa tu gak kami dah start buat perkiraaan kalo-kalo nak berulang alik ke.. pindah Seremban ke.. balik hujung minggu ke, pendek kata mcm-mcm perancangan ko... mind set hanya kata MELAKA...
 
 Dipendekkan citer 27hb November 2012 tu bermeetinglah KP aku ngan pegawai operasi berkenaan hal-hal penempatan dan pertukaran. Sepanjang hari aku berdebar-debar. Mcm2 bermain di benak fikiranku. Tapi kan..allah tu memang dah aturkan ketentukan hidup kita kan.. tup-tup keluar dari meeting bos aku ckp..

"tahniah Na.. Ibu Pejabat."

Aku termenung jap.. Ibu Pejabat?? mana ada kosong?? siapa kena keluar?? 

Aduhhh!!!.. bala apa lak yang kami dapat ni.. kalo ada yg kena keluar sure dia duduk kerusi panas....

Aku tanya kat mana bos ibu pejabat tu.. bos aku diam je.. senyum je dia... waduhhh.. bos aku ni.. tanya pegawai operasi lak...jgn haraplah nak jawab... jawapan dia rahsia je memanjang.. yelah.. aku pun faham tugasan dia.. sulit kan.. so aku akurlah.. dapat clue kata Ibu Pejabat pun dah syukur dah...

Esoknya tu.. rumours mcm-mcm  aku dgr...maklumlah.. hot seat... siap ada persidangan meja bulat lagi kat cafe...  paling perit didengar bila org kata aku melobi KP.. bongok.. siapa aku nak lobi KP??dah tentu KP ada mata dan telinga. Dia pun cerdik.. dia tahulah perancangan organisasi dia kan..

Takpelah.. lantaklah org nak kata apa..allah maha mengetahui..

Yang dia plak bila tahu je confirm kat HQ, kat hot seat lagilah tak senang tido ko... pantang bersua muka ngan aku.. ada-ada je yang dia nak ckp.. sian aku tgk dia.. stress gamaknya... yelah.... sana sini semua org sedang memperkatakan isu hot seat ni.. mana tak stress dia.. aku lagilah risau.. sbb tempat yang dia nak kejer ni bukan calang2 tempat.. semua otai-otai yang bertukun ni... bak kata pepatah mereka2 ni mcm kuil hindu.. kalo alih je mau kena dot..dot..dot... hihihihi... 

Yang kelakarnya.. dia punyalah risau.. sampai setiap kali sembahyang baca yassin ko... kalo kat pejabat aku tak tahulah.. tapi kat umah.. asal sembahyang je baca yassin.. risau beno dia.. bertentang mata je ngan aku.. sure dia cerita kerisauan dia.. aku ni sampai tak tahu nak ckp apa lagi dah.. jenuh beri kata-kata semangat. layan jelah..

Dan akhirnya pada tarikh yang dinyatakan disurat, dia pun lapor diri.. dan kini allamdulillah dia semakin boleh menyesuaikan diri.. walaupun pada mulanya ada hal2 @ bab2 yang tak sepatutnya berlaku.  tapi itu aku takleh cerita disini.. bahaya...

yang penting aku sentiasa berpesan pada dia dan diri aku gak.. kita yang kena sesuaikan diri kita.. bukan orang lain.. yang penting ikhlas.. ye dak!!!

So habis sini jelah kisah Hubby ku... part 3 cukup..


byk2 kang korang fed up plak.. aku nak citer lain plak.. ermm pasni aku nak citer apa yekkk.. errmmm .. nantilah.. akan difikirkan kemudian...

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, December 26, 2012
0 comments
categories: |

Sebelum tu aku nak mintak maaf.. N3 sebelum ni kata esok nak sambung part 2.. aleh-aleh tak sempat juga.. aku bz weh.. isnin ni last kursus aku bagi tahun 2012. Kursus yg byk ragam dan paling byk songeh.. ini pun nanti aku citer.. settle satu-satu bab dulu ek...

Ok.. yang aku nak citer sebenarnya pasal penempatan en hubby.. tapi sebelum citer penempatan baik aku citer pasal kursus dia.. yelah kan.. sbb ianya catat sejarah ko.... aku kursuskan laki aku sendiri.. hah!! ko dgr tak? takpe aku ulang tayang......

'Aku kursuskan laki aku sendiri'.....

hahhahhaha..... padan muka dia.. kena raging ngan aku...


Macam biasalah ..bila ada pegawai baru lapor diri je.. akulah yg beri taklimat. lepas tu serahkan ke cawangan-cawangan yang berkenaan bagi urusan pelantikan, gaji, hrmis, tatatertib, dan akhirnya cawangan akulah.. cawangan latihan. Tapi kan.. masa sesi perkenalan tu kan.... aku target nak mcm biasa jer... mcm takde apa yg berlaku... last-last leh plak member aku si Hazli dok kepochi masa en hubby perkenalkan diri dia dok kecoh-kecoh umum aku ni isteri kepada en hubby... adohaiiiii.. bocor rahsia terus.... merah padam muka aku masa tu... yelah kan... tak sedaplah kalo orang lain semua tahu.. nanti dia beranggapan lain plak... tapi takpelah... redha jelah... alah nak segan apa pun kan...Ketua Pengarah aku sendiri pun bininya kejer penerangan gak.. apa ade hal kan...




Memula ikut perancangan, kursus ni nak dilaksanakan pada bulan Disember je.. konon-kononnya nak postingkan dululahhhh.. sbb per nak posting awal.. Sbb taknak kena bayar gaji.. maklumlah dah hujung tahun kan.. peruntukan dah habis.... tapi bila wahyu dah turun suruh kursuskan dulu dan buat penempatan dua bulan di hq ..tu yang aku menggelupor mencari hotel..

Mana tak menggelupor ko.. kalo dah kena paksa buat kat area KL, pastu masa yang diberi singkat plak tu.. ko tahujelah.. time tu kan time Perhimpunan UMNO. Hotel area KL semua penuh.. memang agak stress gak aku masa tu.. Tapi allah tu memang nak tolong aku... dia hantar seorang sales dari hotel untuk jumpa aku.. memang pucuk dicipta ulam mendatanglah... bincang punya bincang.. last2 pegawai tertinggi aku setuju dengan proposal aku... fuhhhh.. lega ko.... dan akhirnya berkursuslah dia kat The Zon Residence All Suites On The Park, KL.

Kursus ni selama 11 hari 10 malam.. masa aku beri taklimat kepada mereka masa tu semua orang duk usik-usik aku...rilekkkk... rilekkkk ina... be profesional.....

aku pun pang..pung..pang..pung mengomel.. sesi ice breaking kan... lantaklah situ.. laki ke .. apa ke.. lantak... kejer kena jalan.. disiplin kena ikut.... takde kompromi....takde keistimewaan....kalo aku kata A.. tetap A.. B tetap B... hikkk..hikkk..... berlagak je kan!!!!!


                                 Sampai terpejam-pejam mata laki aku... hikk..hikk...hikk...


Tapi... ok je semua... walaupun penceramah pun adakalanya duk usik-usik aku.. aku biasa je.. buat dekkk je.. senyum kambing jelah....dah kahwin sama profesion .. nak buat camner kan... kena lah terima.............

So itulah saja kisah disepanjang kursus .. Bab penempatan.. part 3 akan menyusul... ceh... saja nak kasi korang suspen... sbb bab penempatan ni ada kisah suka dan duka.. pro & kontra atau kebaikkan dan keburukan...

Nantikan ye.......




Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Friday, December 14, 2012
0 comments
categories: |

Ok.. sebenarnya agak sukar gak aku nak deside nak story mory citer yang mana dulu.. maklumlah dah setahun tak update blog.. rasa mcm-mcm nak tulis.. nak citer kisah aku dulu ke.. en hubby dulu ke... family mertua aku dulu ke.. family aku dulu ke.. ermmm keliru dan celaru dibuatnya.. ecehh.cehh.. mcm super star plak... takde maknanyer......

Tapi kan.. bila di timbang tara rasanya baik aku citer yang terkini je.. later-later nanti aku selit2 kan dengan mana yg patut kan...  so aku deside gak aku nak citer pasal en hubby aku...  menjawab komen Puteri Satu tentang en hubby aku yang baru je dinaikkan pangkat ke gred Pengurusan dan Profesional. Alhamdulillah....

Yelah.. ada degree atau master wa'ima PHD sekali pun tak menjamin kita naik pangkat. Ini aku citer kalo kejer Gomen tau.. kejer swasta lain...gaji based pada kelulusan.. So mcm kes En Hubby aku.. dah 15 tahun kejer , ada master serta markah LNPT 90% pun masih lum dapat menyandang jawatan kumpulan P&P. Temuduga asyik tak lepas je... maybe rezeki lum ada masa tu... Dan kini alhamdulillah Tahun 2012 dia berjaya...Aku sebagai isteri tak kisahlah apa tugasnya sentiasa menyokong penuh.. janji apa yang dilakukan adalah untuk keluarga dan ikhlas kerana allah... ye dak!!!

So itu bab dia naik pangkat.. satu bab lagi pasal penempatan plak... hah yang ni lagi haru... syukur dah.. sujud syukur pun dah... tapi jiwa aku tetap bergelora.. tak tido malam di buatnya... mikir pasal penempatan. 

So bab penempatan ni esok aku sambung ekkk... sbb la ni aku ada kejer skit.. maklumlah minggu depan ada kursus kat langkawi.. so sambung esok ekkk... 

ok.. byeeeeee....








Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Wednesday, December 12, 2012
6 comments
categories: |

   


Assalamualaikum...

Kiranya inilah N3 dihujung tahun baru. haru ko memula nak keluarkan N3 ni.. buka-buka blog.. sekali tgk semua dah setting lain... terkejut jap.. siap call si Puteri Satu mintak tolong... mujur gak ada dia... tqlah wehhh.. tolong aku... 

Ok kita mulakan dengan gambar terbaru yang diambil pada 05 Disember 2012 yang lepas.. Gumuzzzzzz ekkk... biasalahkan.. laki beri makan beras mahal kan.. hik..hik...

Yang best tu si puteri satu kata aku pakai botok.. muka bengkak-bengkak katanya... apalah... dah tahu aku bertambah gumukkkk leh dia kata aku pakai botok plak... kalo botok sure lawo weh... Actualy masa ni aku bawa pegawai baru di Jabatan utk melawat TV Al-Hijrah.. maklumlah.. mereka semua ni akan ditempatkan sebagai Pegawai Perhubungan Awam kementerian/agensi. So mereka kena sesuaikan dengan inviroment ni.. setakat Tv ke Radio ker, Surat Khabar ke.. semua kena pakar dan mahir... ini siri lawatan yang kedua aku buat.. sebelum ni di Karangkraf.. nanti-nantilah.. kot ada masa aku update kat sini... 

Yang kat sebelah aku tu.. adalah En Hubby lah.. siapa lagi kan.. kalo orang lain.. takkan berlaga-laga dada plak kan.. hik..hik..hik... eermmm pelik tak camner laki aku leh ada sama... jgn pelikkkk... sbbnyer dia antara Pegawai baru yg aku maksudkan... hikk..hikk.. isteri urusetia dan laki adalah peserta... huhuhhu... jgn risau.. yang ni pun aku akan story mory next N3... Adoiii byk nyer nak citer ekkk... mcm ye -ye jer... jgn senyap membisu setahun ..sudahhh...ye dokkkkk!!!!!




  

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Tuesday, December 11, 2012
3 comments
categories: |

Assalamualaikum..

Sepi tanpa berita. Itulah ayat yg sesuai  yg boleh diklasifikasikan pada diri saya dan blog saya untuk tahun ni.. Agak lama juga saya menyepikan diri dari dunia blog. Bukan hanya menulis malah membaca atau dlm bahasa kasarnya tidak mengikuti perkembangan kawan-kawan sekalian. Sibuk sgt ke saya???  ya.. sibuk.. memang sibuk yg teramat sgt.. mcm2 yg belaku sepanjang tahun ini..Takpelah akan saya kongsikannya... insyaallah..

So ...untuk permulaan.. entry ini adalah entry pembuka bicara..dan permulaan utk langkah saya seterusnya. Semoga ianya tidak terhenti disini. Doakan kesejahteraan saya ya...

♡from Azlina..

Read More
Posted by Diarihatiku1976 on Friday, December 7, 2012
5 comments
categories: |
Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS