Errmmm kejap je masa berlalu kan... Tanpa disedari tahun
2012 dah pun meninggalkan kita. Aku tahu masing-masing ramai dah set azam sempena tahun baru . Begitu
juga dengan aku, pada aku 'Moving on to a better life performance' .
Kalo kat FB plak penuh orang update status AZAM 2013 ni..Aku entah kenapa tahun ni mcm tak nak berazam je.. Kalo boleh tak maulah Azam tinggal Azam. tapi dalam pada tak mau tak mau tu.. terselit disudut hati aku gak bahawa 2013 aku akan;
Kalo kat FB plak penuh orang update status AZAM 2013 ni..Aku entah kenapa tahun ni mcm tak nak berazam je.. Kalo boleh tak maulah Azam tinggal Azam. tapi dalam pada tak mau tak mau tu.. terselit disudut hati aku gak bahawa 2013 aku akan;
1. Surelah berusaha nak anak;-
Aku setiap tahun berazam nak beranak, nak mengandung. Tapi setakat ni Allah belum mengizinkan aku untuk mempunyai anak sendiri dari benih aku dan suami aku serta dari rahim aku sendiri. Tapi takpe.. aku tetap akan berusaha, cuma aku perlukan sokongan dari semua pihak, sokongan yang aku maksudkan ialah jaga hati dan perasaan aku.. jgn sesedap rasa bercerita mcm dia sempurna sgt. Tgk sekeliling dulu sebelum berkata-kata. Dan insyaallah 2013 ni kalo allah izinkan aku akan buat IVF. Insyaallah..
2. Nak body macam biola ; -
Amboi tu dia.. ayat tak boleh bla...hahaha!!! Actually ini azam tahun 2012 yang still tak dapat
direalisasikan. Takpelah.. pelan-pelan kayuh.. ok.. body mcm biola tu jgn salah sangka beb... gemuk pun boleh body mcm biola tau.. maksudnya aku naklah walaupun gemuk tapi still ada shape..ada pinggangnya, ada dadanya, ada pinggulnya.. takdelah bentuk apple ke.. pear ker.. kotak ke. kan... hik..hik..hik..
3. Keep our words ; -
Well you know lah.. i ni kan laser, so utk tahun ni aku berazam nak to be a good listener. Kalo dulu otak aku berfikir sama laju ngan mulut aku.. apa yang aku rasa tak betul aku sound direct jer.. tapi insyaallah kali ni aku nak byk berdiam.. sbb kalo ckp byk pun bukan ada tindakan pun.
4. Sambung study ; -
Actually perancangan ni dah lama dah.. cuma tak berani je lagi.. maklumlah aku duk HR ni bz yang teramat gaban, memula dulu nak start 2012 tapi 2012 bos aku jatuh sakit.. so perancangan kerja aku mcm tonggang terbalik skit.. semua aku nak kena mikir, nak kena buat, bos aku takleh byk mikir. Semenjak dia sakit ni aku mcm terbeban skit. So atas rasa tanggungjawab, Tahun 2012 gak aku tak amik cuti, tahun 2012 gak aku datang sabtu ahad atau cuti umum dan tahun 2012 gak aku byk buat kertas kerja dan laporan untuk peringkat tertinggi jabatan. Takpelah.. aku tak kisah.. think positif, sekurang-kuranya aku dapat belajar dan menikmati pengalaman yang bukan semua orang boleh dapat. Dan untuk tahun 2013 ni, aku dah ambil langkah pertama mendaftar pengajian luar kampus/hujung minggu di Universiti Malaya. Doakan kejayaan aku ya!! kalo ikutkan aku boleh je ambik exam KPSL untuk naik pangkat, tapi cukup2lah.. aku nak naik pangkat dengan berilmu dan berpengalaman.
Setakat ini , itu sahaja yg aku boleh fikirkan. Azam 2012 alhamdulillah semua dah
langsai kecuali menguruskan badan yg montel dan gebus ni. Insyaallah Tahun 2013 kejayaan menanti aku sekeluarga. Amin.
insyaalaah - Allah bersama org22 yg sabar
ReplyDeleteSalam akak, tadi akak tanya pasal penyertaan untuk prgram amal tu kan? Maaf kak.. Penyertaan dah ramai. so ida hadkan dah. dah tutup.. tapi tak semestinya akak tak dapat join, akak tak boleh membantu kami.. ;)
ReplyDelete