Disember sibuk dengan penilaian prestasi. Tidak kurang sibuk juga dengan perancangan prestasi untuk tahun hadapan. Rasa-rasanya sepanjang tahun 2010, aku sudah lakukan yang terbaik dalam kerjaya, walaupun ada ketikanya aku dilanda kemelut peribadi yang sedikit banyak agak menjejaskan tumpuan pada kerja.

Penilaian prestasi tahun ini, alhamdulillah, 95 peratus pencapaian aku seperti yang aku jangka. Orang kata aku ini perfectionist tetapi rasa-rasanya tidaklah begitu. Aku selalu impikan yang terbaik untuk diri sendiri. Salahkah????? tak salah kan?????

Mungkin ukuran ‘terbaik dan cemerlang’ itu yang tidak sama antara aku dengan orang lain. Yalah, kadangkala terasa juga bahawa aku ini memberikan tekanan kepada diri sendiri. Tetapi apabila aku fikir-fikirkan semula secara rasional, tidak salah rasanya kalau letakkan penanda aras yang agak tinggi kepada diri sendiri. Itu tandanya aku mencabar diri sendiri untuk menjadi yang terbaik.

Allah beri kita akal dan kudrat, maka tentulah tidak salah kalau kita memaksimumkannya. Kalau akal kreatif, proaktif , inovasif keadaan buruk pun boleh berubah baik dan terbaik ..

Ukuran untuk perancangan prestasi tahun hadapan????? Insya-Allah, aku akan kekalkan momentum sekarang. Itu janji aku pada diri sendiri. Mungkin ada beberapa perkara boleh aku perbaiki, termasuk komunikasi dan mengadakan perbincangan dengan Boss yang begitu cemerlang! Boleh, bos? Hehehe...

dan untuk tahun ni juga aku telah mula menilai orang.. menilai staff dibawah seliaan aku... bab ni yg susah... bukan per.. nak ikutkan tak tahu nak beri berapa ... sbb.sbb nyer... ontahlah... nak ckp pun tak reti...

bak kata boss aku ... "ina... kuasa tu akan datang sendiri"...

tak paham aku... datang camner....

sbb pada aku.. kalo kita takde kuasa.. mana anak buah nak respect kita...

dia dok jaga yg ada kuasa je kan.. yg ada kepentingan...

kalo ckp yg ada kuasa dan kepentingan.. laju...

kalo setakat kita yg kuasa beri markah setahun sekali ni... hampeh... bab nak beri markah baru baik rasanyer... ontahlah.... tak paham aku...

takpelah boss.. saya tetap tunggu kuasa yg boss maksudkan datang sendiri tu ..


p/s :- Ya Allah, ya Tuhanku, mudah-mudahan segala perancangan akan berjalan sempurna. Berikanlah kemudahan dan kelancaran yang sama pada kami semua, termasuk semua sahabat-sahabatku.. Amin.

Posted by Diarihatiku1976 on Monday, December 20, 2010
categories:

2 comments

  1. Delimasari Says:
  2. payah juga yer INA === bab22 nk bg markah ni..

     
  3. mmg susah nak bg markah ni..kalau bg sikit kesian,bg banyak tak sepadan plak dgn apa yg sepatutnya..

     

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS