Kebetulan sempena Hari ibu aku balik kg... yess aku ngaku aku jarang balik kg... bukan derhaka tapi kekangan masa yg melampau.. lagi-lagi plak semenjak aku duk latihan ni memang masa begitu berharga....

so dikesempatan ini ..bila ada ruang dan peluang aku balik utk menghiburkan hati mak... aku tahu.. walaupun aku kerap berhubung melalui telefon tapi itu tidak cukup untuk melepaskan kerinduan emak pada aku...walaupun aku selalu gak call mak tapi bila akak-akak aku call sure mak akan kata aku dah lama tak call dia...

mungkin itu jawapan nagatif yg tak sepatutnya keluar tapi positifnya ialah aku tahu mak rindukan aku... mungkin baginya sehari dua bagaikan setahun...

ya aku tahu itu.. mak rapat dengan aku...




untuk hari ibu ini.. aku belikan mak hadiah.. tiada kejutan yg mengejutkan... cuba aku balik awal pagi... tanpa beritahu dia kepulangan aku..bila dia nampak je kelibat keter aku... berubah aku tgk wajah dia... jelas kegembiraan diwajah dia...

yelahhh.. selalunya bila aku beritahu tarikh aku nak balik.. aku dapat agak yg dia akan tunggu aku... sebab setiap kali aku balik sure dia ada duduk didepan halaman umah... termenung seorang diri... tapi kali ni bila aku tak beritau akan kepulangan aku... tiada persediaan apa-apa pun.. takpelah mak... itu lagi baik...

bukan per... aku selalu sgt berjanji nak balik.. tapi tak balik-balik... ada je halangannya... sbb tu kali ni malas nak berjanji... nanti mengharap plak dia....

so dikesempatan ini aku ucapkan selamat hari ibu utk emak...Maimon binti Jaafar...terima kasih kerana membesarkan saya, mendidik saya sehingga berjaya seperti hari ini dan mendoakan untuk saya...terima kasih juga kerana memelihara 14 orang daripada kami.. luv u ...muah...muah,..muah...

Posted by Diarihatiku1976 on Sunday, May 8, 2011
categories:

1 Responses to Hari ibu...

  1. Mak Izz Says:
  2. mak akak kecik je orangnye. slmt hari ibu cik mon!

     

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS