Full width home nuffnang

Tajuk penuh provokasi.. penuh debaran.. penuh kontoversi...Kenapa aku dok sebut pasal benda tu???? sebab sekarang semua benda sedang naik...dalam situasi sekarang, rata-rata rakyat sedang gelisah dengan kenaikan beberapa keperluan harian... Mula-mula Petrol Ron 97 naik 20 sen, jadi RM2.90 seliter. Gula pun sama, naik 20 sen dari RM2.10 ke RM2.30...bila dah semua tu kesannya dah tentu kuih, air, barang-barang keperluan dan perkhidmatan yang lain...

Saya tulis N3 ni bukan nak provok atau nak kutuk sapa-sapa, cuma saya harap kerajaan juga perlu timbang-timbangkan untuk naikkan gaji kakitangan awam...maklumlah, kalau nak dikira gaji kakitangan awam di negara kita ni masih berada pada tahap yang agak rendah... cian mereka-mereka ni... terbeban dan tersepit dengan situasi sekarang..mohonlah kerajaan kaji-kaji dan buat sesuatu.. Jgn asyik berat sebelah... pandang guru jer... tgklah jawatan-jawatan lain.. askar ada, polis ada, kerani ada, jururawat ada...

Tapi apa pun, aku tetap yakin dan percaya Perdana Menteri kita mesti sudah ada perancangan tersendiri kepada kakitangan awam. CEUPAC pulak dengar-dengar sudah ada perancangan untuk buat pertemuan dan perbincangan dengan pihak PM dan kerajaan. Kita harap masa PM bentang bajet nanti ada berita gembira buat semua kakitangan awam... tak pun dalam masa terdekat ni ker....

Yang penting BONUS tu.. berilah kami BONUS skit.. takpun .. naikkan gaji kami-kami ni.... ye dakkkk????


Anda dah ada kesat tangan dan alas periuk???? kalo belum jom beli disini

Primaya Classique

2 comments:

  1. yg penting marilah kita sesama doa supaya sentiasa dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  2. tuelah pasal,
    semuanya naik skg nie,
    risau gak nie...

    bestlah kalau bonus naik,
    mcm wanie keje sendiri,
    mana ada bonus:(

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]