In Vitro Fertilisation (IVF)
IVF juga dikenali sebagai 'bayi tabung uji', ini kerana, persenyawaan berlaku diluar badan (di dalam tabung uji). Indikasi bagi IVF termasuk:
1. faktor tiub (tiub tersumbat atau tidak berfungsi) 2. endometriosis 3. masalah sperma 4. faktor immunologi (antisperm antibodies) 5. rawatan IUI yang gagal 6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya 7. pendermaan sperma/ ovum/ embrio 8. ibu tumpang
Wanita akan menjalani controlled ovarian hyperstimulation (COH), sama ada protokol panjang, protokol pendek atau protokol antagonis, mengikut kesesuaian. Suntikan hCG akan diberi apabila folikel telah mencecah 18mm untuk mematangkan ovum. 34 jam berikutnya, pengumpulan telur (oocyte pick up (OPU)) akan dijalankan.

OPU adalah proses mengumpulkan telur. Telur akan disedut melalui vagina menggunakan peralatan khas. Prosedur ini memerlukan bius keseluruhan. Sebelum menjalani OPU perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
- jangan makan atau minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menjalani OPU
- jangan memakai kanta lekap, gigi palsu, alat solek, pewangi dan pengilat kuku semasa prosedur.
- jangan membawa barang-barang berharga
- pastikan anda telah menguruskan pengangkutan balik kerana anda dinasihatkan tidak memandu 24 jam selepas prosedur.
Semasa OPU, cecair folikular akan disedut menggunakan pam penyedut dan dikumpulkan di dalam tabung uji. Cecair yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada embriologist yang berada di dalam makmal bersebelahan dengan bilik pembedahan. Embriologist akan mengenalpasti telur menggunakan mikroskop. Prosedur ini mengambil masa 15 hingga 60 minit untuk selesai bergantung kepada bilangan folikel yang disedut. Setelah semua telur disedut, telur-telur ini akan dieramkan di dalam inkubator yang mana suhunya adalah 37ÂșC dan kepekatan karbon dioksida adalah 5%. Ini bertujuan untuk memberi ruang bagi telur melengkapkan fasa Meiosis II sebelum ia disenyawakan.
Pada hari yang sama, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
Embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. Proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. Larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma motile yang tinggi akan diinseminasi ke dalam media pengkulturan yang mengandungi ovum seterusnya disimpan di dalam inkubator supaya persenyawaan berlaku secara semulajadi.
Prosedur pemindahan embrio tidak memerlukan bius dan hampir serupa dengan IUI. Perbezaan antara keduanya adalah pemindahan embrio memerlukan bantuan imbasan ultrabunyi manakalaIUI tidak. Imbasan ultrabunyi membantu doktor untuk menempatkan kateter berhampiran dengan fundus dan mengurangkan trauma terhadap endometrium. Keseluruhan prosedur mengambil masa 5 minit sahaja (lihat video).
Selepas menjalani pemindahan embrio, wanita tersebut perlu mengambil sokongan peleutenan sama ada dalam bentuk tablet vagina atau suntikan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
- banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan.
- pastikan anda menggunakan ubat progesteron yang dibekalkan setiap hari.
- minum air secukupnya.
- elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
- elakkan hubungan kelamin sekurang-kurangnya 3 bulan selepas menjalani rawatan
Ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan.
*** sumber adalah metro IVF Malaysia..
good luck! saya Google pasal IUI hari tu then came across your blog. jgn lupa share info pasal IVF banyak-banyak okay!!
hmmm berapa kos IVF kat Malaysia ye? ada kat hospital mana?
byk hospital dah ada dah IVF ni... sediakan je dalam 15-20k
Gudluck~!! InsyaAllahhh.... semoga ade rezeki nanti ok.. teruskan berusaha...
sya doakan semoga awk berjaya yer
gud luck akk~semoga usaha akk nie berhasil sb perlukan kekuatan mental dan fizikal sb duit yg kua bkn ckit and akk plak kna sht betul..
insyallah kak,bla Allah nak bg rzki pasti akn berjaya..~pape hal nti rjin2la info tau..
insyallah, aku doakan ko na....moga berjaya, dan untung2 dpt twin terus....aku pun kalo dh lebih 5 thn lum berjaya, insyallah ke arah itu jugak kalo ade rezeki dari segi kewangan dan persediaan....tp harap2 sgt x lah smpai lebih dari 5 thn tunggu....
saya doakan semoga berjaya... insya allah
insyaallah...semoga ade rezeki akak....amin
banyakkan berserah kepada Allah dalam apa jua usaha kita ok. kalau nak tanya apa2 experience pasal ivf ni, bolehjugak contact saya yerrr. Pernah buat last 2 years to tak menjadi..
saya sokong!!!
hehee gud luck kak
all the best ya... keep us all posted..
good luck utk awak..semoga dapat twin..triplet..hihi..cover tahun2 sebelumnya..hehehe..moga Allah mudahkan rezeki untuk awak kali ni
gud luck
My gynea was from hkl. In msia, hkl lah the cheapest for ivf. 5k, tp waiting list mmg pjg. Such a busy ward, as told by my gynea. Good luck! Moga doa diperkenankan. Amin!