Full width home nuffnang

Baru-baru ni.. Jabatan aku baru selesai melaksanakan Program Pusat Penilaian Kompetensi kepada calon-calon pegawai baru . Program ini telah dilaksanakan selama tiga minggu berturut-turut melibat beberapa lokasi yang telah ditetapkan. Program selama dua hari ini menjurus kepada menilai calon-calon dari aspek kemahiran dalam Pengurusan Mesyuarat, Pengucapan Awam, Group Discussion dan Public Speaking. Malah aspek kemahiran interpersonal, kepimpinan, berpasukan serta sikap personaliti diri juga diambil kira.

Lokasi pertama program ini diadakan di Politeknik Shah Alam pada 5 – 6 Mac 2011, Program kedua pada 12 – 13 Mac 2011 di Politeknik Seberang Perai dan Politeknik Dungun, Terengganu sementara Program Ketiga pada 19 - 20 Mac 2011 telah diadakan di Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah dan Politeknik Kuching, Sarawak.

pelbagai ragam manusia dapat dilihat... ada yg boleh jatuh cinta pandangan pertama, ada yg tidak bersedia, ada yg tidak berminat tapi ibu bapa yg paksa...mcm-mcm ada... tapi yg nyata.. pada pandangan peribadi aku... pandanglah dari sudut SIKAP PERSONALITI MANUSIA.. kerana SKILL boleh dibentuk.. boleh dilentur.. tetapi SIKAP tidak boleh berubah... kalo berubah pun 1 dalam 10..

kenapa aku kata SIKAP???

kerana sumber dari JPA bahagian kaunseling... 70% kakitangan awam bermasalah adalah disebabkan SIKAP mereka sendiri... bukan disebabkan tidak boleh buat keja...dan hasil yg aku lihat pun di jabatan aku adalah org yg bermasalah adalah disebabkan SIKAP juga.. cthnya... tak datang kejer... chipsmore, dadah, pemalas, panas baran, melawan, dsbnya...

Aku sangat- sangat berharap, melalui program ini, Jabatan akan dapat menyediakan para pegawai yang lebih baik dan berkualiti untuk menggalas cabaran pada masa hadapan dan seterusnya berupaya meletakkan Jabatan aku ini sebagai jabatan yang relevan dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dan masyarakat.

dan yang penting... bermula tahun 2012 bukan mudah utk menjawat jawatan di Kerajaan.. kerana bermula dengan Gred 17 hinggalah gred tertinggi... Program Penilaian Kompetensi kepada calon-calon akan dilaksanakan .

So... bersedialah dengan mental dan fizikal....


1 comment:

  1. Assalamualaikum kak..

    Saya ingin bertanya mengenai ujian penilaian pengambilan pegawai baru Gred 41. Mohon pandangan akak. Ini adalah kali pertama saya mendapat panggilan ujian seperti ini. Soalan saya:

    1. Apakah persediaan yang perlu saya buat sebelum menghadiri ujian ini?

    2. Apakah bahan rujukan yang sesuai dan bagaimanakah bentuk ujian tersebut?

    Pandangan akak amat saya hargai. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]