Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.

maklumat lanjut sila semak di Jabatan Agama Islam Johor....
atau boleh layari blogger HAZREY seorang wartawan yg menghubungi sendiri Jabatan Agama Islan Johor.

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor berkata jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin babi dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:

Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Mmanakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.

Posted by Diarihatiku1976 on Thursday, March 24, 2011
categories:

9 comments

  1. al-hamdulillah la..ada yg mengambil tindakkan.kalu tak brp ramai umat islam dah minum air kopi tue.

     
  2. Mamarempit Says:
  3. kopi kluang CAP TV tu...macamana plak...huu

     
  4. MRS. K Says:
  5. tu la.. ramai dah blogger blog bout dis! nasib la tak penah makan lagi.. kak, share kat fb ek

     
  6. hafiz Says:
  7. aku tak pernah minum kot kat situ....

     
  8. SyaNa Says:
  9. ooo ye ke
    makin seram nk mkn kt luar
    sana sini xhalal kan
    da mcm bukan negara islam sye rse

     
  10. Hazrey Says:
  11. mamarempit, kopi cap tv line clear. i said this sebab i checked with them as i always buy that brand for my bosses. sedap kan kopi cap tv tu. tapi malangnya saya tak minum kopi.

     
  12. aNIe Says:
  13. CH...akak tak pernah minup kopi tu... lebih2 kalau kopitiam...akak takut nak pi makan kat sana... sebab banyak dengar desas desus yang buat kita ragu2...

     
  14. huhu pernah makan kat sini

     
  15. mdm calypso Says:
  16. salam, kopi kluang tu sama dengan kluang station tu ke kak?

     

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Contact

E-mail :- azlina_1976@yahoo.com
No tel : - 012-2792008
Facebook :- Azlina Abd Rahman
skype :- camarputih00

Sila Klik Di Sini

GET HAPPY

FOLLOWERS