Semalam aku menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan merangkap Majlis Pelancaran Skim 1Malaysia wilayah Persekutuan yang dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Skim ini dikelolakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan bertujuan untuk memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga warga Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan labuan. dan yang penting skim ini diberi tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.
syarat kelayakan ;-
a) Berumur 21 tahun hngga 75 tahun semasa pendaftaran
b) Berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
c) Menetap di Wilayah Persekutuan
d) Mengemukakan dua (2) orang penama utk tujuan tuntutan
Nilai Sumbangan;
Sumbangan berjumlah Rm2,500 akan dibayar terus kepada penama berdaftar yang membuat tuntutan tersebut, dalam tempoh 24 jam selepas menerima borang tuntutan bersama dokumen sokongan yang lengkap dan sempurna.
pendaftaran ;-
Keahlian dibuat menggunakan borang khusus dengan yuran pendaftaran yang ditetapkan sebanyak Rm 5.00 seumur hidup.
Maklumat lanjut;-
Sebarang keterangan lanjut hubungi :-
Yayasan Wilayah Persekutuan
tingkat 5, menara DBKL 2, Jalan Raja laut, 50530 Kuala Lumpur
Tel : - 03-26983073/03-26982073
Faks :- 03-26983075
best juga klu dpt - hehehehehe
ReplyDelete