Full width home nuffnang

Actually....pada realitinya aku tidak tahu hendak mengiyakan ataupun menidakkan yang aku ini seorang yang garang. Namun, bila aku fikirkan secara mendalam nampaknya aku tidak dapat menafikan yang aku ini sebenarnya seorang yang kasar dan garang.

Walaupun aku tidak pernah bertindak kasar kepada orang lain tetapi apabila aku dalam 'Mode Serius', aku akan melihatkan wajah yang garang dan menuturkan kata-kata yang garang hinggakan kadangkala menakutkan orang lain.

Bukan itu saja, dalam waktu aku bekerja walaupun aku nampak senyum-senyum simpul, lawak-lawak bodoh tetapi aku sebenarnya seorang yang cerewet, nak perfect atau dalam erti kata lain aku nak kejer aku sempurna. Dalam meeting pun aku berani bersuara kalau aku rasa benda tu tak betul.

Dengan orang ramai pun aku mcm tu, Kalu aku rasa aku tak puas hati aku akan siasat hingga lubang cacing. kalo patut aku jumpa aku jumpa. kalo patut aku sergah aku sergah. kalo patut aku tanya aku tanya.. marah aku marah. Walaupun aku tahu ada gak yg tak suka dengan karektor aku.. tapi aku peduli apa.... aku tak nak hipokrit..

Antara faktor-faktor yang mungkin menyebabkan aku menjadi seorang yang garang:

  • Faktor genetik yang diwarisi .( ayah aku bugis ) keturunan sultan Johor.
  • Aku berpesonaliti strict jika melibatkan hal-hal yang serius pada pandangan aku.
  • Malas untuk menerangkan berulang-ulang kali mengenai perkara yang sama.
  • Kehidupan masa silam aku penuh dengan kemarahan. tak buat kejer sekolah kena lempang, bercinta masa sekolah kena lempang, lelaki call rumah kena marah dsbnya.

Antara contoh-contoh kegarangan aku :

  • Jika perlu, aku akan memarahi seseorang untuk mengikut kata-kata aku yang aku rasakan betul.
  • Hingga kini aku dikenali sebagai seorang yang garang .
  • Aku akan menunjukkan kegeraman secara terbuka jika seseorang bertanya benda yang sama berulang kali walaupun aku sudah jelaskan kepadanya.
  • Aku suka mengarah.
  • Aku dengan garangnya akan menegur dan melarang keras anak saudara aku dan terkini adik ipar aku untuk berfoya-foya masa belajar. Termasuk melarang keras untuk bercintan cintun zaman sekolah.
  • Aku akan tegur secara terbuka ketidakpuasan hati atau dlm erti kata lain aku akan marah kalo org main-main ngan aku..dan banyak lagi.
Begitulah realitinya aku sebagai seorang yang garang. Hakikatnya, aku adalah seorang Lone Ranger dalam kebanyakan masa dalam hidup ku. Kadang-kadang, apabila bersama orang lain, aku tidak sedar yang tindakan aku yang kasar dan garang ini akan menyebabkan orang lain terasa. Apapun, dalam pada aku garang tetapi aku juga cepat 'sejuk' dan pada masa itu barulah aku menyesali tindakan aku tetapi ada kalanya sudah terlambat.

Tapi allah itu maha adil. pasangan yg aku jumpa selembut-lembut orang. dia yg byk cool down kan perasaan aku yg garang ni. Kalo dah dua-dua garang mau bergoncang dunia. Ditempat kerja pun aku bertuah. Kerana aku ditemukan dengan seorang bos yang cukup-cukup lembut dalam semua hal. Syukur..syukur...

Ramai orang yg mengenali aku berkata;
"Dari luar orang lihat kau ni garang tapi aku tahu dalamannya kau ni lembut sebenarnya".

Benarkah? Benarkah seseorang yang kelihatan garang mempunyai kelembutan yang tersembunyi? Aku tidak tahu kerana setahu aku apabila aku dalam 'Mode Serius', aku akan luahkan ketidakpuasan aku secara bersemuka.

Dan aku tahu, walaupun dimata kasar aku nampak seperti singa yg kelaparan tetapi didalam aku mempunyai naluri yg halus. Naluri untuk disayangi, dimanja, belas kesian dan mcm-mcm lagilah.

So Nilailah aku dari dalam... aku yg kasar diluar tetapi lembut didalam... ahhaksss...

5 comments:

  1. Tak ramai komen ni. takut kena marah agaknya. hahaha. Saya pun garang gak. Anak buah pggil saya mak ngah singa. hampeh nye bdk2. dulu time skolah ingt lagi cikgu suruh tulis perkara yg tak suka tentang kwn2 kita. ramai tulis saya garang. sejak tu saya pun insaf dan tdk grg2 lg dgn kawan2. haha.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. tul tu fazemy... baru dia tahu kan.. ahahakss

    ReplyDelete
  3. sama la kita..sya pun garang..berwajah serius..tapi dalaman cukup sensitif..baca kisah sedih nak nangis..tgk cite sedih walaupun tgk dh tengah2 cite, nak nangis..bila igtkan hal keluarga, hal diri sendiri, laju je mata nie nak berair..tapi org tak thu suma tue..sya simpan sendiri je..huhuhu..baca nukilan akak pun sya rasa sedih sebenarnya..over sensitip plak...hehehe..neway..sya suka baca story akak..class gitu...;-)

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]