Siapa kata manusia hidup di atas mukabumi ini tidak mengalami tekanan
atau lebih dikenali dengan perkataan 'stress'. Bukan mudah untuk hidup.
Kita perlu berusaha untuk hidup.
Dalam usaha-usaha itulah kita akan berhadapan dengan pelbagai
perkara yang wujud di sepanjang laluan yang kita tempuh.
Ada perkara yang mudah. Ada yang sukar.
Banyak yang indah namun tak kurang juga yang buruk.
Banyak yang positif tetapi banyak juga yang negatif.
Perkara2 yang negatif itulah yang sering dianggap sebagai tekanan.
Stress adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik,
keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang
daya. Gejala stress ini terhasil apabila sesorang itu merasa yang keperluan
melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang
individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif adalah prasyarat
penting pada kebanyakkan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai
diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya jika kepentingan ini terlampau
kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress
yang dicipta dalam dirinya sendiri.
Stress adalah unik kepada individu itu sendiri.
Apa yang difinasikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress
dan bagaimana baiknya kita mengawal stress dan bagaimana baiknya
kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu
menerima dirinya dan orang lain.
Sebab itulah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat
melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan sebaliknya ada
orang yang membiarkan peluang yang sama berlaku kerana ia melihatnya
sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan.
Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita
menerima diri sendiri. Oleh itu sesuatu realiti itu bukan dijadikan untuk
kita, tetapi dibentuk oleh kita dengan cabaran dalam kesukaran kehidupan,
ada orang yang mengelak, ada yang terus hidup bergelumang dengan
kesukaran.
Hidup akan lebih ceria dan bermakna sekiranya kita dapat menangani
perkara yang dianggap stress itu dengan bijak
Betoi tu....Akak stress....terus masuk dapur..masak2....hehehe....Jom makan!
ReplyDelete