Full width home nuffnang

bagi yg kenal aku dan mengikuti citer aku dari mula..
sure tahu aku mempunyai ahli keluarga yg ramai...
adik beradik aku seramai 14 orang.. dan aku adalah anak bungsu...
bila org tahu jer adik beradik ramai...
semua kata bagus... senang mak bapak aku...
meriah keluarga aku... cceria keluarga aku....

tapi... pada hakikatnya...bukan mudah

14 orang ada 14 perangai...14 cara..14 perasaan..14 rupa...14 hati...
untuk mengumpulkan ke 14 orang ni bukan satu perkara yg mudah juga..
ada saja masa dan keadaan..
yg membuatkan mereka-mereka ini tidak boleh berkumpul..
tapi itu bukan satu alasan sebenarnya...

pada aku.. walaupun 14 org ni tidak duduk semeja ..
tapi.. cukup dengan hubungan yg rapat...perasaaan yang rapat...
dan jiwa yg rapat.....
lumrah dalam kehidaupan keluarga yang ramai...
bertikam lidah... bercanggah pendapat..
atau tersentap jiwa raga....

itu semua asam garam kehidupan kan...

kadang-kadang adatlah... tutur kata atau perbuatan..
tidak bertapis bila mengeluarkan kata-kata..
semua itu berlaku kerana telah terlekat disanubari...
adik -beradik.. anak -saudara.. ipar duai...
semua yg dituturkan atau dibicarakan..
rasanya tidak perlu dipersoalkan...
tidak perlu ambil hati....

kerana.. kadang-kadang... tutur kata yg dikatakan...
adalah berbentuk nasihat...
cuma cara saja yg berlainan...
mungkin dalam nada garang..mungkin dalam nada lembut..
mungkin dalam nada yg emosional....

kenapa ianya terjadi???
kerana.. dalam adik beradik... anak ko adalah anak aku..
anak aku adalah anak ko...

tapi.. yelah... tak semua org boleh terima..
walupun ada pertalian darah...
kadang-kadang... bila ego diri menguasai diri...
pertalian darah pun boleh putus...

sepatutnya... hubungan adik beradik..
ibarat air yg dincang tidak akan putus...

entahlah... kalo ikutkan hati.. masih panjang lagi nak aku perkatakan
masih byk lagi kata-kata yg aku ingin titipkan...
tapi.. hati ni tiba-tiba sebak...
sebak sehinggakan jari jemari ku terhenti untuk meneruskan kata-kata..

punah harapan arwah abah nak semua anak-anak bersatu...
punah juga harapan mak nak menunaikan amanah arwah abah ..
untuk menyatukan anak-anak ..ipar duai.. cucu..cicit...

kalolah adik beradik aku ada baca N3 aku ni..
satu je aku mohon...
Tolonglah bersatu... apa-saja yg berlaku kita mesti bersatu...
buangkan perasaan hasad dengki.. buangkan perasaan tidak puas hati..
buangkan perasaan marah.. buangkan fikiran negatif...

kadang-kadang apa yg kita katakan tidak bermaksud untuk menghina...
jgn biarkan salah faham menggangu dan menguasai diri....

aku impikan suasana gembira begini..
bersama- adik beradik.. ipar duai... anak saudara...
keturunan Hj Abd Rahman bin Elias...





5 comments:

  1. saya yang ada 3 beradik sahaja memang selalu irihati dengan keluarga2 yang besar2,
    terutama bila waktu raya.
    tapi, saya percaya, hubungan persaudaraan tak akan putus.
    sama2 lah berdoa dan berusaha sedaya mungkin

    ReplyDelete
  2. fuuhhh..sy 4 beradik..kalo tambah 10 lg...fuyoooo...btol tu kak, air dicincang takkan putus, biasalah tu ada terasa hati tu..lama2 kang eloklah rajuk tu...cenyummmm

    ReplyDelete
  3. kena bersyukur ada adik beradik ramai.. tapi aku pun bersyukur ada 2 adik beradik je... huhuhuhu... walaupun tak meriah.. tapi bahagia.. itu dah cukup!...

    ReplyDelete
  4. adik beradik wani ada 8, bukan senang, betul, macam2 perangai..

    ReplyDelete
  5. ramainya.... saya suka ahli keluarga ramai ni sebenarnya.

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]