Full width home nuffnang



Terkejut baca paper...
Kisah si pelakon ni....
Muat turun teknik buat syabu sejak enam bulan;
patutlahhh... emak dia kata dia tak kaya..
camner polis kata dia ngedar dadah..
rupanya baru blaja....
haru tul..

korang bacajelah citer yg aku coppy ni ekk....

KUALA LUMPUR: Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985, dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu.

Perkara itu terbongkar hasil penemuan ‘pen drive’ mengandungi 11 artikel berjudul ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10 sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pelbagai peralatan termasuk beberapa botol cecair kimia, dipercayai bahan campuran membuat syabu turut ditemui dalam stor berkenaan.

MUHAMMAD SABTU menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah sambil disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang (kanan).

Beliau berkata, suspek sendiri membawa polis ke stor itu pada jam 3 petang, 31 Mac lalu, selepas siasatan lanjut dijalankan ke atasnya.

Pada sidang akhbarnya semalam, Muhammad Sabtu berkata, Benjy, 32, menyewa di tingkat enam kondominium itu, tetapi menyembunyikan semua peralatan dan bahan kimia itu di stor tingkat 10 bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa.

“Ada di antara peralatan itu masih bersisa dan belum dicuci. Hasil siasatan juga mendapati semua artikel itu dari luar negara yang dimuat turun dari internet. Ia turut mengandungi beberapa rakaman visual mengenai cara menghasilkan syabu.

“Ini menunjukkan kemungkinan suspek belajar sendiri cara pembuatan dadah itu… mungkin dalam tempoh enam bulan sebelum ditahan polis hasil maklumat risikan,” katanya.
Muhammad Sabtu berkata, semua bahan bukti yang ditemui sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Ini bagi memastikan semua bahan itu, termasuk sisa yang ditemui digunakan untuk membuat dadah. Kita turut merujuk Sistem Biofis Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti pemilik kesan cap jari pada peralatan yang ditemui itu,” katanya.

Katanya, prosedur itu penting bagi menyiasat sama ada suspek bekerja sendiri atau menghasilkan bekalan dadah untuk sindiket tertentu di negara ini.

“Polis sedang mengenal pasti rangkaian pengedaran suspek, termasuk kemungkinan di kalangan rakan artis sendiri,” katanya.

Beliau berkata, polis pada awalnya tidak mahu mendedahkan penemuan terbaru itu, tetapi terpaksa berbuat demikian bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan beberapa pihak sebelum ini.

Muhammad Sabtu turut menjelaskan penahanan semula Benjy selama 60 hari mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) adalah sebahagian daripada prosedur siasatan.

“Kita bukan mahu menganiaya sesiapa seperti didakwa kerana setiap tindakan tertakluk kepada undang-undang,”

10 comments:

  1. Oooo~ ingatkan akak nak ajar cara nak buat syabu..hiks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semudah yang disangka kn cara nk buat syabu.. hihiii

      Delete
  2. paling sian kat mak dia la. bersungguh tak caye anak dia ngedar dadah :(

    ReplyDelete
  3. ni kalo orang search cara nak buat tu mesti jumpa blog ni hihihi.

    ReplyDelete
  4. itula... ingatkan akak nak ajar buat syabu td... hehehe

    naper ek.. ada org sanggup buat benda2 camni.. nak hancurkan anak bangsa sendiri... x fikir masa depan ke??

    ReplyDelete
  5. kita pun ingat dia nak ajaq buat syabu...keh keh keh keh...

    ReplyDelete
  6. tajuk kemain lagi... sekali rupanya pasal si benjy..
    entahlah keadaan terdesak mcm2 org sanggup lakukan..

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]